Mengurangkan sakit bersalin....


Disebabkan mengalami komplikasi sewaktu mengandung dan pengalaman bersalin yg menyakitkan atau berhadapan masalah ketika bersalin menyebabkan sesetengah wanita merasa memiliki seorang anak sudah memadai. Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah.


Proses kelahiran bayi banyak bergantung kepada keupayaan individu menahan kesakitan. Daya ketahanan ini berbeza bagi setiap wanita dan kelahiran pertama dimaklumkan lebih sakit berbanding kelahiran seterusnya. Tempoh bersalin yang panjang juga boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan.

Bayi dilahirkan melalui dua proses. Proses pertama (fasa pertama) membabitkan pengembangan serviks (muncung rahim) untuk membenarkan pergerakan bayi ke bukaan vagina. Penguncupan (kontraksi) yang menghasilkan pergerakan ini akan bertambah dan menjadi kerap (sekali dalam masa satu hingga tiga minit). Kesakitan ini boleh dirasai di bahagian pinggang dan di kawasan ari-ari. Peringkat kedua pula adalah proses kelahiran di mana bukaan vagina boleh mencapai ke tahap maksimum iaitu 10 sentimeter. Kesakitan maksimum inilah yg menyebabkan ramai wanita berasa takut.

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan kesakitan bersalin.
Antaranya ialah :

  • *kaedah Lamaze : iaitu senaman tarik nafas untuk melegakan ketegangan otot pelvis, kaedah ini membolehkan otot pelvis berehat dan seterusnya mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih semula jadi.
  • *suntikan ubat opiod: diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidote iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.
  • *sedutan gas Entonox : iaitu campuran gas oksigen dan nitrus oksida yg memberi kesan sama iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. Pengalaman saya, semasa melahirkan anak pertama, memang jururawat menyarankan supaya saya menyedut gas entonox. Disebabkan tidak tahu kesan menyedut gas tersebut, jadi setiap kali rasa sakit saya akan menyedut gas tersebut. Akibatnya selepas menyedut gas tersebut saya rasa mengantuk dan ada masanya terlelap sekejap dan terjaga semula apabila merasa sakit semula. Kesan yg paling besar terasa apabila sudah sampai saat hendak meneran, pada waktu itu terasa kurang bertenaga, letih dan tak boleh focus kepada apa yg dicakapkan oleh doktor, suami dan jururawat ketika saat2 cemas sewaktu melahirkan. Sampai satu tahap, kerana terlalu letih dan tak bermaya saya merasa seperti berputus asa untuk meneran. Apabila doktor menyuruh jururawat membawa masuk peralatan bagi melakukan forcep, baru saya tersentak dan terus berusaha meneran dan akhirnya berjaya melahirkan(mungkin perasaan gerun mendengar perkataan forcep menyebabkan timbul kekuatan untuk meneran...agaknyalah...).
  • *epidural: ia menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Antara kebaikannya ialah, ia tidak membawa kesan negatif kepada fungsi otak , tidak menyebabkan rasa mengantuk kepada ibu dan bayi di dalam kandungan memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Di samping itu, untuk ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi, epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan. Epidural juga mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Ia juga tidak mengganggu kelancaran proses bersalin dan tidak meningkatkan risiko memerlukan pembedahan caesarean.
Bergantung pada individu dan keadaan semasa, cara mengurangkan kesakitan bersalin yg mana untuk dipilih....

1 comment:

  1. kina dah rasa dah suntikan epidural tue. mmg x sakit langsung masa diopret tue. tapi sakit selepas bius tue hilang..Tuhan je yg tahu sakitnye mcm ne.Kalau blh lepas nie kalau dibagi pilihan kina x nak opret dan amek suntikan epidural tue.

    ReplyDelete