Pendarahan Ketika Hamil


Semasa mengandung kedua2 anak saya mengalami sedikit pendarahan, anak pertama pada trimester pertama dan yang kedua diawal trimester ketiga. Adalah penting bagi bakal2 ibu mempuniyai pengetahuan berkaitan perkara ini. Semasa mengandung anak pertama dahulu, saya mengalami pendarahan pada sebelah petang (berdarah sedikit tapi ada ketulan kecil warna merah) dan hanya membuat pemeriksaan pada pg keesokan harinya. Walaupun agak lambat, saya bernasib baik kerana tiada komplikasi keatas janin dan doktor mengesahkan kandungan selamat. Waktu itu saya mendapatkan pemeriksaan di hospital bersalin KL bahagian O&G. Semasa mengandung anak kedua saya hanya mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta sahaja kerana yakin tidak berlaku perkara yang lebih serius.

Sebagai info, pendarahan (seperti saya ini) boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang berlebih-lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri dan janinnya. Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika bakal ibu itu mengalami pendarahan pada bila-bila masa ketika mengandung, adalah amat penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera.

Antara punca berlakunya pendarahan ialah keguguran, kehamilan ektopik(diluar rahim) dan kehamilan molar bagi peringkat awal mengandung, bagi peringkat akhir kandungan pula punca terdiri dari abrupsi plasenta, plasenta previa dan kelahiran berdarah. selain itu terdapat punca2 lain iaitu ektropion (perubahan di pangkal rahim yang tidak merbahaya yang berlaku di pertengahan kedua kehamilan), jangkitan pada faraj atau kecederaan, sebab-sebab yang berkaitan dengan pangkal rahim atau serviks (polips, neoplasia atau servisitis), pendarahan selepas persetubuhan dan 50% dari pendarahan yang berlaku ialah di trimester pertama di mana puncanya tidak diketahui.

Tidak semua pendarahan menandakan komplikasi. Namun pendarahan juga merupakan tanda keguguran atau lain-lain komplikasi seperti anemia dll. Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama) yang mengalami pendarahan tidak perlu dimasukkan ke hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya, mereka hanya dikehendaki berehat di katil dan diawasi rapi. Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan memerlukan pemantauan dalam hospital. Jika pendarahan terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau janinnya, maka pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa dilakukan atau langkah berjaga-jaga akan diambil sehingga janin menjadi lebih matang.

Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian pendarahan sewaktu mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan tersebut perlu diambilkira. Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi pada kehamilan yang akan datang. Bagi mengelak abrupsi dari terus berlaku, pengambilan asid folik tambahan adalah disyorkan. Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu awal kehamilan - dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari mengadakan hubungan kelamin buat sementara waktu.


3 comments:

  1. akak, thanks for the info..boleh saya tau kenapa akak bleeding at the early third trimester? adakah ia berterusan? saya turut mengalaminya skrg dan saya dh check, doc just ask me to bedrest for few days..

    ReplyDelete
  2. preg kali kedua ni.. ade bberape kali spotting.. latest pagi tadi.. tapi lebih byk dari sebelum ni.. tapi lendir+darah.. b4 ni doc cakap bb aktif and kedudukan dia melintang.. tu sebab leh ade ckit pendarahan.. yg hari ni doc threat abortion.. seram je dengar.. need to bedrest only..

    ReplyDelete
  3. salam... semua tanda2 hamil berlaku pd saya.. pernah melakukan pregnt test tapi hasilnya -ve dan keesokkn harinya sy period selama 3 hari.. adakah sy prgnt?trauma utk check d klinik krana sblm ney pernah keguguran

    ReplyDelete