Bercukur...



Rambut anak lelakiku telah dicukur pada pagi ini (6hb mac) oleh seorang jiran yg memang dah biasa mencukur rambut bayi. Kebiasaannya bayi dicukur pada hari ke-7, tapi atas faktor masa dan kelapangan makcik tersebut, anakku cuma dapat dicukur pada hari yang ke-24(tak kisah la asal kan bercukur). Tak ada apa2 majlis dibuat, cuma mak masak bubur pulut hitam sahaja untuk diberikan kepada makcik tersebut berserta dengan sedikit wang sebagai sedekah. Bukan apa sekadar mengikut sunnah nabi iaitu bayi yg baru dilahirkan seeloknya dicukur dan kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a ia berkata (maksudnya):"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyuruh supaya rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a dicukur pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak"(riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud)

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.

Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat

No comments:

Post a Comment