Berkhatan bagi bayi perempuan


Berkhatan bagi bayi perempuan memang telah biasa dilakukan dalam keluarga saya sepertimana yg digalakkan dalam islam. Anak sulung saya telah dikhatankan ketika usianya sebulan lebih di sebuah klinik swasta dan dilakukan oleh doktor perempuan. Prosesnya sekejap, dan anak saya juga hanya menangis sekejap sahaja. Malah darah yg keluar pun hanya sedikit, cuma setompok kecil darah sahaja di kapas dan tiada pendarahan lain selepas itu.

Berikut diselitkan sedikit penerangan berkaitan khatan bagi bagi bayi perempuan:

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhatan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris. Khatan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan oleh doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah. Luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit. Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhitankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhitan pada hari ke-40. Usia bayi(kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhitankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.

Tujuan berkhatan pada kanak-kanak lelaki untuk menghilangkan najis yang terdapat pada kulit penutup kepala zakar manakala kanak-kanak perempuan untuk menstabilkan syahwatnya. Ia juga bertujuan untuk membersihkan kemaluan, memperelokkan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin dan mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada mengalami penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

Rujukan : bharian.com "Khatan tak ganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak",
TipsKahwin.com


No comments:

Post a Comment