Imunisasi & Pemeriksaan di klinik


Pagi ini saya dan suami membawa kedua anak saya ke klinik, sebagai melengkapkan jadual lawatan pemeriksaan ke klinik bagi Humaira yg dah genap 2 tahun (sudah masanya makan ubat cacing), pemeriksaan saya sendiri(pemeriksaan sebulan selepas bersalin) dan yang pasti jadual lawatan pemeriksaan dan imunisasi pertama untuk Rifqi. Disebabkan 3 sekaligus menjalani pemeriksaan menyebabkan kami menghabiskan masa dari pukul 9 sampai hampir ke tengahari (pukul 11 lebih) kami 'berkampung' disitu, dan terpaksa la perancangan menyambut anniversary perkahwinan kami ditangguhkan ke satu tarikh yang lain(masih tidak diputuskan bila).

Imunisasi...

Imunisasi sememangnya penting dan suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri. Ibubapa seharusnya mematuhi jadual imunisasi dan tidak melengahkan pemberian imunisasi kepada anak kerana antibodi dalam badan si anak akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.

Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan.

Bermula akhir tahun lepas (1 Oktober 2008), kerajaan telah memperkenalkan jadual imunisasi yang baru bagi bayi yang lahir selepas sistem ini diperkenalkan dimana pada setiap kad rekod kesihatan dan perkembangan kanak-kanak(pink bagi bayi perempuan dan biru bagi bayi lelaki) pihak hospital akan melekatkan stiker bertulis DTaP-IPV/Hib (dibahagian hadapan kad) bagi menunjukkan yang bayi tersebut perlu mengikuti jadual imunisasi yang baru (macam rifqi).

Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
(Bermula 1 Oktober 2008)





Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
(Sebelum 1 Oktober 2008)




Pemeriksaan Selepas Sebulan Bersalin

Ini adalah pemeriksaan yang terakhir bagi ibu selepas bersalin iaitu sebulan selepas bersalin bagi memastikan ibu benar2 sembuh dari segi fizikal dan emosi. Pada pemeriksaan ini, berat, tekanan darah, air kencing, darah (hb) akan diambil dan diperiksa. Selain itu, abdomen atau perut (dibahagian rahim) diperiksa untuk memastikan dalam keadaan baik, manakala payudara diperiksa untuk memastikan tiada benjolan atau cairan yang luarbiasa dari puting, juga bagi memastikan tiada jangkitan atau tersumbat pada payudara. Bagi sesetengah klinik atau hospital pemeriksaan perineum mungkin dilakukan disamping permeriksaan spekulum bagi tujuan memastikan sebarang lebam, calar atau koyakan pada serviks atau vaginal sembuh sepenuhnya dan mungkin juga pemeriksaan pap smear akan turut dilakukan. Ketika pemeriksaan ini juga rahim dan ovari, dan otot vaginal akan diperiksa. Pada waktu ini juga ibu akan diterangkan cara2 menjarakkan anak dan bergantung kepada ibu tersebut menentukan pilihan mahu menggunakan kaedah apa, tapi yang pasti dinasihatkan agar menjarakkan anak paling kurang untuk tempoh 2 tahun.


Rujukan : www. Ratuhati.com
www.moh.gov.my
www.mybengkung.com


No comments:

Post a Comment