Melakukan Tahnik atau membelah mulut


Beberapa jam selepas dilahirkan, mak telah melakukan belah mulut iaitu satu adat atau kebiasaan bagi orang melayu. Kebiasaannya, sesetengah orang akan menggunakan gula, garam dan asam bagi memberi rasa manis masin dan masam kepada bayi. Tetapi disebabkan keadaan kelam kabut sedikit pada hari tersebut mak cuma dapat menyediakan kurma dan buah limau sahaja. untuk dicalit sedikit ke bibir anankku. Dalam islam, buah kurma memang menjadi sunnah nabi dalam melakukan belah mulut atau lebih tepat lagi Tahnik.

Tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi.
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar diatas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan2 digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”.

Amalan
tahnik ini adalah bertujuan untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya. Juga untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yg fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yg tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat. Walaupun tahnik ini boleh dilakukan oleh orang yg soleh namun bapa kepada bayi tersebut lebih utama untuk melakukan tahnik untuk anaknya, berpandukan hadis riwayat oleh tarmizi menyebut salah satu doa yg paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya.


No comments:

Post a Comment