penyakit pasang bayi lelaki


Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut, manakala pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia. Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.

Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. .
Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

Petua menghilangkan Angin pasang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)
  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
  • Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.
  • Gunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).
  • Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.
  • Tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk. Lepas tu bungkus dgn kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg...
  • Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dlm periuk.. jangan panaskan lama2, nanti terlalu panas lak.. dlm 1-2 minit jerk. Pastu, masukkan dlm kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut baby ngan telur dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tuh...
  • Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat n tekap2 kat area 'anu' die..pastu urut secara menurun dari pinggang( buat dlm keadaan kedua2 belah tgn terbuka)ke tepi kelengkag baby..guna minyak bayi supaya bayi selesa..
Pengalaman saya: Rifqi memang mengalami kembung perut tetapi tidak la teruk sampai menangis dan tidak boleh tidur. Rifqi cuma tak lena tidur sahaja apabila mengalami kembung perut dan ada sedikit terkena angin pasang. Cara yang saya amalkan hanyalah menggunakan daun sirih yang di layur kemudian disapu di bahagian ari2 dan pusat sahaja. Alhamdulillah, syukur sekarang dah ok, tapi masih 'berjaga2' juga takut kembali teruk plak, oleh sebab pokok sirih di belakang rumah yang masih kecil dan sudah tidak berdaun terpaksa la usaha cari daun sireh kat tempat lain....



Sumber rujukan : http://www.mesra.net , http://www.hanan.com.my , jknkedah.moh.gov.my , http://mysetbersalin.com. , http://www.wanitamelayu.com , http://www.susuibu.com , http://ratuhati.com.

12 comments:

  1. takotnyer...sy x pernah amik port pon pasal penyakit ni?adoyai...
    anak2 pulak masih kecik lg, dua2 pon lelaki, tp Alhmdulillah la mcm sihat jew diorg tu..
    ape tanda2 penyakit hernia ni eik selain benjolan tu?mmg btol2 benjol ke?kat mane benjolan tu timbul?kat batang ke kat telur?maaf yer klu bahasa sedikit kasar..huhuhu=(
    btw, tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. salam, just nk share psl topic ni coz 1st bby sy mmg kene hernia. detected masa 1st week, tapi tah camne terlepas pandang. ms tu terperasan setiap kali bby nangis, scrotum dia mengembang-mengecut sbl besar, sblh kempis. umo 1 bln lebih baru g berubat n masa tu benjolan dah sebesar bola ping pong smp kene mrh kaw-kaw dengan org tua tmpt say g berubat tu. ambk masa gk la nak sembuh pasal lmbt berubatkan, 4 bulan baru sembuh sepenuhnya. nasihat sy kpd mommies semua,jgn ambk ringan hernia ni sbb sblm sy g berubat secara tradisional tu, sy bw bby g jmp doc, doc kata kne operate. cian kt bby kecik2 dah kene operate.moral of the story, jgn cuai mcm sy :)

    ReplyDelete
  3. thanks... sy harap ada kaedah yang boleh berkesan untuk anak saya...

    ReplyDelete
  4. thanks... sy harap ada kaedah yang boleh berkesan untuk anak saya...

    ReplyDelete
  5. Mamaiman,umpang tanya.anak saya kene ulran angin or hidrosil.nak beruba dulu.blh tau dimana awak pg berubat?
    Email d anilrah@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  6. terima kasih dgn info ini..

    ReplyDelete
  7. mamaiman, saya pun nak tau di mana awk pegi berubat? emel saya munirazakaria@yahoo.com
    tq in advance

    ReplyDelete
  8. mamaiman,beritau saya cemana caranya nak ubat sakit angin pasang ni...anak sy sakit..tolong ya,Dr suh operate.

    ReplyDelete
  9. salam, boleh saya tahu juga dimana tempat berubat utk baby saya.. terima kasih...email... hanni75_2004@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Anak saya br msk sethn ada benjolan diatas anu nyer sebelah kanan...ni dikira pasang atau lain

    ReplyDelete
  11. Mamaiman..blh tau dimana tpt berubat tu.email sy damai_krai@yahoo.com..tq

    ReplyDelete