Salah faham tentang penyusuan susu ibu


Ramai juga ibu yang memang berniat nak menyusukan anaknya. tetapi ramai juga ibu yang tak mahu menyusukan anaknya.. Pelbagai alasan diberi.. tak tahulah sama ada ianya memang benar atau untuk menyedapkan hati sendiri....
  1. "Saya tidak mahu payudara yang kendur!” Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
  2. “Penyusuan susu ibu menyusahkan.” Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!
  3. “Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?” Ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal! Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa ketika berjauhan. Anda bolehmemerah susu menggunakan tangan atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.
  4. “Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?” Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
  5. “Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?” Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul. Mungkin teknik penyusuan anda salah.
  6. “Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!” Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
  7. Menyusu membuatkan buah dada jatuh Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh dan layut.
    Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.
  8. Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi.
    Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000. Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan banyak membantu.
  9. Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
    Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti menggosok baju mereka sendiri jika mereka kelapangan. Uruskan masa sebaiknya.
  10. Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
    Ini lah bagus.. kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula....
  11. Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
    Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini.
  12. Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan
    Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.
  13. Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja
    Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi.
  14. Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
    Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi... sedang beralih kepada yang lebih asli.
  15. Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
    Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. Kalaupun akan berjaya (mungkin ketika itu kucing dah bertanduk), bonding - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi... Maha Suci Allah.
Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , ratuhati.com

1 comment: