Tersedak susu???


Sebagai seorang ibu menjadi satu keperluan bagi saya untuk mengetahui cara, teknik atau kaedah betul menyusu untuk mengelakkan bayi tersedak, tercekik, sukar bernafas atau lemas. Walaupun ini merupakan pengalaman kedua menyusukan anak, tapi bila rifqi tersedak semasa menyusu, saya terasa seperti melalui pengalaman kali pertama, risau jugak sebab ada kes dimana bayi tersedak susu meninggal dunia (ketika tidur). Disebabkan inilah saya mencari maklumat berkaitan tersedak susu sebagai pengetahuan dan persediaan(untuk segala kemungkinan).

Menurut pakar perubatan, masalah menelan yang tidak betul atau tiada koordinasi dengan mulut boleh menyebabkan bayi yang sedang dalam penyusuan ibu boleh mengalami tersedak susu. Paru-paru bayi itu akan dimasuki air dan keadaannya seperti tercekik dan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen. Jika bayi sukar atau bermasalah untuk menelan susu dihisapnya ia mungkin boleh menyebabkan susu yang mengalir keluar ke dalam mulut bayi akan tersekat pada saluran pernafasan dan menyebabkan bayi lemas sehingga membawa kematian.

Kebiasaannya situasi tersebut banyak terjadi kepada bayi yang menghisap botol susu tetapi kes seumpama yang dikaitkan dengan penyusuan ibu sukar sekali berlaku apatah lagi sehingga menyebabkan bayi meninggal dunia (sekalipun wanita berkenaan tiada pengalaman langsung menyusukan bayi). Walau bagaimanapun, penyusuan ibu pada bayi bagi tempoh usia tiga bulan pertama adalah sangat penting dan memerlukan perhatian teliti terutama dalam mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi bayi ketika penyusuan dilakukan.

Antara masalah yang memungkinkan bayi meninggal dunia ketika penyusuan ibu ialah :
  • ~Berlaku refluks iaitu aliran balik suatu cecair atau bertentangan dengan arah pergerakan normalnya ketika penyusuan ibu dilakukan.
  • ~Ibu yang berada dalam keadaan berbaring semasa menyusukan bayi tertidur ketika penyusuan dibuat dan tanpa sedar menghimpit bayi sehingga sukar bernafas
Bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku adalah dinasihatkan agar si ibu yang melakukan penyusuan badan:
  • ~Memahami teknik penyusuan yang betul.
  • ~Ibu perlu lebih berhati-hati dan bersikap peka serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika penyusuan badan dibuat.
  • ~Sekiranya aliran keluar susu laju (dalam keadaan payudara penuh atau bengkak susu), picit atau pam keluar susu sedikit dahulu agar bayi tidak mudah tersedak.
  • ~Pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi. Ampu bayi dalam keadaan kepala lebih tinggi daripada perut. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin.
  • ~Lepas babi menyusu, tegakkan sikit badan dia dan biarkan dalam kedudukan itu sekurang2nya 3-5 minit agar apa yang dia minum dapat masuk betul2.
  • ~Memperlengkapkan diri dengan pengetahuan cara-cara menangani masalah dalam kecemasan apabila berlaku sesuatu kepada anak mereka.
  • ~Mempunyai pengetahuan mengenai pertolongan cemas (contohnya CPR). Ini membolehkan ibu bapa bertindak pantas dan memberikan pertolongan sewajarnya kepada anak jika berlaku sebarang perkara tidak diingini, sebelum bantuan profesional tiba.
  • ~Jika ibu itu sedar keadaan bayi itu tercekik dan sukar bernafas hendaklah segera membantu bayi itu memulihkan pernafasan. Dalam keadaan badan bayi ke bawah, tepuklah belakangnya sehingga keluar lendir atau kahak terkumpul yang menyukarkannya bernafas.
  • ~Jika masih tidak bernafas lagi, ibu perlu memberikan bantuan pernafasan yang dilakukan dengan menghembus nafas ke dalam mulut dan secara langsung kepada paru-paru bayi.

Perlu diingat, bayi yang kerap mengalami muntah atau batuk ketika menyusu tidak boleh dibiarkan berlanjutan serta dipandang remeh sebaliknya, perlu dirujuk segera kepada pakar bagi mengenalpasti apakah masalah sebenar dialaminya sehingga berlaku keadaan seperti itu.

Rujukan : http://mforum.cari.com.my "Bayi tersedak susu kes terpinggir" , http://www.susuibu.com "Susui bayi anda dengan betul"

No comments:

Post a Comment