211-05-15 Flat Sentul Utama


Baru2 ni ada kuar berita di tv3 berkaitan dengan masalah lif kat flat sentul utama, teringat kembali saat2 duduk kat situ.

Sebaik sahaja tamat belajar dan mendapat pekerjaan, kat sentul ni la saya menyewa. Pada masa tu duduk kat flat sentul utama ni jugak tapi blok 205 tingkat 3 rumah no. 8, duduk dengan 4 orang penyewa lain. Apakabar la Kak Chumi, Kak Izah, Umie dan seorang lagi lupa plak namanya tapi dia ni adik kepada Kak Chumi. Semuanya dah membawa haluan masing2 selepas berkahwin, sekarang rumah tu diduduki oleh generasi baru plak. Last sekali dengar khabar dari Umie pada tahun lepas, katanya dah berhijrah ke Negeri Sembilan mengikut suami.

Dulu masa duduk kat blok 205, saya jarang sekali naik lif, ye la tingkat 3 je pun, lagi cepat dan selesa naik ikut tangga. Masa tu pun ade jugak la masalah lif rosak ni, bengang juga rasa, ye la time tengah rajin nak gunakan lif, time2 tu jugak dia nak rosak, itu yang jadi tawar hati terus dengan lif kat situ. Waktu ni saya tak ambil pusing sangat samaada lif ok ke tak, bagi saya sama je.

Kiranya dekat 2 tahun jugak la saya duduk kat blok 205 ni, saya mula menyewa kat situ pada bulan 7 2004 sampai awal bulan 3 2006. Sewa pun tak la mahal mana dalam 100 termasuk air dan api. Kat sini yang seronoknya bas dan teksi senang nak dapat, Star LRT pun tak la jauh sangat. Seingat saya pernah sekali je kot saya menapak dari stesen Star ke Umah, tapi terasa mengah jugak la.

Saya berpindah ke blok 211 tingkat 5 sebaik selepas berkahwin. Masa ni memang lif tu macam nyawa la untuk kemudahan turun naik, memang semput kalau nak turun naik tangga, sanggup lagi tunggu dan berhimpit dalam lif. Sepanjang duduk kat sini dari bulan 3 2006 sampai awal tahun 2008, memang jarang la lif kat sini buat hal, kalau rosak pun cepat je di baiki dan selalunya bertukar2 la 2 lif tu, satu rosak dia akan buka lif yang satu lagi, tapi peliknya tak de plak dia nak buka kedua2 lif serentak.

Semua mimpi buruk pasal lif ni bermula bulan 6 atau bulan 7 2008, tah la tak kuasa nak ingat betul2, buat sakit hati je. Yang bertambah2 menyeksakan lif tu mula rosak pada masa saya diawal2 kehamilan, memang setiap hari la berharap yang lif tu akan di perbaiki. letih lo naik turun tangga time2 hamil ni, dah tu plak kalau terpaksa turun beli sayur ke ayam ke nak kena dukung si Humaira tu plak, lagi la seksa...

Sepanjang bulan puasa memang waktu yang paling mencabar, kalau tak da suami memang saya dan Humaira tak turun la. Kalau terpaksa je turun macam kalau ade pihak kesihatan atau orang dari DBKL datang nak buat fogging aedes baru la turun tak tahan juga duduk hidu asap dalam rumah, kesian kat Humaira la...

Macam2 masalah timbul bila tak de lif ni terutama bila setengah tahun lif rosak. Kesian kat budak2 sekolah dan orang yang nak pergi kerje yang mana duduk kat tingkat atas2 tu terutama tingkat 12. Orang2 tua memang tak larat la nak turun naik, yang dah sarat mengandung, yang sakit, yang nak bersalin dan lepas bersalin..bayang la macam mana nak naik turun tangga...fuh letih..hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu. Bermacam macam cerita dan khabar angin berkaitan lif ni, ada yang kata pihak pengurusan makan duit la, itu la ini la, tapi lif tak diperbaiki juga.

Saya pun pernah juga alaminya. Ada sekali tu sakit perut sebab tersalah makan, dah la tengah2 mengandung sakit perut (cirit birit) sampai tak larat nak berjalan, terpaksa juga gagah turun tangga pergi klinik. Satu peristiwa yang tak mungkin saya lupa ialah, sewaktu kandungan hampir masuk 7 bulan, saya mengalami sedikit pendarahan. Tak tahu la apa puncanya, tapi nasib baik sedikit dan tak berlarutan...tapi pagi ahad tu seperti biasa turun pergi pasar beli sayur, ikan ayam dan bla bla bla la... balik ke rumah tu macam biasa bersihkan apa yang patut baru simpan dalam peti. Dah siap kemas2 dan bersihkan dapur, rasa something tak kena, check2 ada pendarahan, memang cemas gila. Risau sangat2 dah la nak pergi klinik pun kena turun naik tangga lagi...

Sewaktu nak pindah awal bulan satu dulu pun terpaksa angkut barang turun tangga, kesian kat suami, adik lelaki saya, mak dan ayah mertua, serta pemandu lori (kaum kerabat suami kakak ipar) terpaksa turun naik tangga mengangkut barang tah berapa kali trip.

Ingatkan dah lama tak dengar cerita dalam suratkhabar atau tv, lif kat flat sentul utama ni dah ok, rupa2nya belum. Tak terkesan pun panggil orang tu panggil orang ni sampaikan dibawa ke PM pun tak da perubahan juga....kesian makcik2 kat situ, apa khabar la mereka sekarang ni.... terasa rindu plak dan teringin nak melawat dan bertanya khabar mereka semua...

No comments:

Post a Comment