Air Kosong Penawar Pelbagai jenis Penyakit


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu diganti segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60 peratus daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Menurut artikel terbitan Mayo Clinic, Minnessotta, masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang.

Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.

Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri.

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah;
~ sakit kepala,
~sakit-sakit badan,
~system jantung,
~arthristis,
~degupan jantung yang pantas,
~epilepsy,
~lemak berlebihan,
~bronchitis,
~tibi,
~meningitis,
~buah pinggang,
~dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari

7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Sumber : Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita. , http://halaqah.net


1 comment: