Awas!!! Penadol berbahaya...


Petang tadi saya mendapat perkhabaran dari suami yang adik perempuan nya di masukkan ke hospital kuala terengganu. Puncanya terlebih makan penadol.

Menurut cerita suami saya, adik perempuan dia ni mengalami pening kepala dan seperti kebanyakan orang nak hilang kan pening kepala ni telan je panadol. Tah macam mana, mungkin lepas telan 2 biji penadol pening tak juga hilang menyebabkan adik ipar saya ni telan lagi penadol. Dah tak pasal2 kena masuk hospital dan ditahan untuk check darah takut la juga leh sebabkan keracunan kat hati plak. Alhamdulillah semuanya selamat, tak da apa2 yang serius.

Apa itu Penadol???

Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit.


Kenapa penadol ni berbahaya???


~ Mengikut statistic, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri.

~ Panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak.

~ Panadol dikakatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat.

~ Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

~ Panadol juga boleh merosakkan Buah pinggang

~ Panadol@ paracetamol berbahaya jika diambil selalu, ataupun diambil sekaligus. Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk:
- Had atau limit bagi seseorang dalam masa 24 jam untuk menyebabkan ketoksikan hati adalah 7.5 g (atau = 13 biji ).
- Seringkali kita dengar orang yang cuba membunuh diri dengan menelan 40 biji panadol, tidak mati, tapi orang itu hatinya akan rosak teruk.
- Ini kerana, panadol akan dikumuhkan di hati. Pengumpulan panadol@paracetamol akan menyebabkan lebihan dan menyebabkan keracunan di hati.



Elak panadol dengan cara:

1) Jika demam ; Minum banyak air
Minum isotonik atau 100plus
Buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh
mandi untuk mengurangkan kepanasan

2) Jika pening kepala ; Sapu kepala dengan air limau nipis
Letak minyak angain di kiri kanan dahi, tengkuk dan bawah telinga
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam.
(Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda)

3) Cari petua2 orang zaman dahulu untuk elak pening dan demam

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum dengan mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda. Kalau perlu makan panadol juga dapatkan nasihat doktor atau paling kurang ikut instruction pada bekas panadol tu, jangan pakai telan ikut suka je.....

No comments:

Post a Comment