Awas Penipuan kad kredit


p/s : Satu lagi isu yang disentuh dalam rancangan Cegah Jenayah pagi tadi..baca dan sentiasa la beringat supaya kita tak jadi mangsa....

Penipuan kad kredit boleh dilakukan dengan banyak cara. Penjenayah boleh mencuri kad-kad, memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat penyiring, menghasilkan kad palsu dengan menggunakan data kad akaun, menghasilkan tanggapan palsu, menggunakan nombor kad dengan cara yang tidak sah dan banyak lagi situasi.

Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran, mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi.

Melindungi kad-kad anda sebagaimana anda melindungi wang tunai anda. Bergantung kepada dasar bank pengeluar, anda mungkin bertanggungjawab atas kerugian yang dilibatkan atas kad yang hilang dan perlu mengharungi semua kesulitan membatalkan dan menukarkan kad anda.

Institusi kewangan sedang berusaha untuk mencipta teknologi kad yang baru dan lebih selamat, yang menjadikannya lebih susah untuk dicerobohi penjahat.Walau bagaimanapun, cara utama untuk memerangi masalah ini ialah dengan menjaga kad anda pada setiap masa. Sebagaimana anda akan mengunci pintu rumah atau kereta anda, jagalah kad kredit anda sebagai aset yang berharga.

Sementara industri kad kredit terus mencipta kaedah yang lebih baik dan berkesan untuk memerangi penipuan, berikut ialah beberapa petua yang boleh anda guna untuk mengekalkan keselamatan kad kredit dan debit anda:


Setelah menerima satu kad yang baru

1) Pastikan kad anda ditandatangani pada bahagian tandatangan sebaik sahaja anda menerimanya.Hasilkan satu rekod nombor akaun kad kredit anda dan nombor telefon untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri. Simpankan senarai itu dalam tempat yang selamat. Semasa memilih satu PIN, sentiasa mengelakkan daripada memilih nombor yang jelas – nama anda, nombor telefon, atau tarikh lahir atau kombinasi semua ini.

2) Jangan menulis nombor pengenalan peribadi (PIN) anda – hafalkannya. Sekiranya anda perlu menulis PIN anda, jangan simpannya di dalam dompet atau beg anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad atau mendedahkannya kepada orang lain.

3) Jangan beritahu nombor PIN anda kepada sesiapa. Tiada sesiapa daripada institusi kewangan, polis, atau saudagar yang boleh meminta nombor PIN anda. Anda seorang sahaja yang patut
mengetahuinya.

4) Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet

5) Usah pinjamkan kad anda kepada sesiapa saja

6) Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru


Semasa menggunakan kad anda


1) Laporkan kad yang hilang atau dicuri kepada bank anda dengan serta-merta. Anda mungkin perlu membuat laporan polis dan menghasilkan pengesahan bertulis.

2)Lindungi kad anda seakan-akan itu wang tunai. Jangan membiarkannya sahaja di mana-mana, seperti di kereta, kelab malam ataupun di pantai. Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta- merta

3) Jika boleh, mesti lihat kad anda semasa transaksi.

4) Pastikan anda mendapat kad anda kembali selepas setiap pembelian.

5) Sentiasa semak resit transaksi termasuk amaun pembelian apabila anda menandatanganinya – simpankan salinan resit transaksi dan resit ATM.

6) Sentiasa semak penyata pembelian anda, terutamanya selepas satu pemergian. Semak amaun pembelian anda menentang resit transaksi anda – Sengaja mencari transaksi yang bukan milik anda secara spesifik.

7) Jangan memberi nombor kad kredit anda melalui telefon, kecuali anda sedang berurusan dengan syarikat yang ternama, ataupun anda membuat panggilan itu sendiri.

8) Berhati-hati apabila anda memberi nombor kad kredit anda melalui telefon. Mintakan maklumat dalam bentuk bertulis daripada syarikat yang membuat tawaran.Sekiranya anda berasa tertekan oleh seorang jurujual telepemasaran, berasa curiga.

9) Jangan memberi nombor akaun anda kecuali anda telah membuat keputusan untuk membeli.

10) Jangan memberi sebarang maklumat peribadi secara sukarela apabila anda menggunakan kad kredit anda, selain daripada dokumen identiti anda, yang mungkin diminta.

11) Ketahui siapa yang memiliki akses kepada kad anda. Sekiranya kad kredit anda dipinjam oleh seseorang ahli keluarga (teman hidup, anak, ibu bapa), dengan atau tanpa pengetahuan anda, anda mungkin bertanggungjawab atas pembelian atau pengeluaran tunai mereka.


Bagaimana Mengelakkan Skiming/Penipuan?

Di seluruh dunia, penipuan kad makin berleluasa hari ini dan terdapat banyak jenis penipuan kad di Malaysia. Yang paling biasa menggunakan kad kredit palsu atau yang diklon, penipuan identiti dan skiming. Penipu-penipu boleh menghasilkan kad palsu atau diklon dengan menggunakan maklumat pemegang kad yang didapatkan secara tidak sah melalui resit transaksi kad, spam e-mel, ‘memancing’ e-mel (‘merompak’ e-mel untuk mendapatkan maklumat akaun) atau laman web yang tidak sah. Ini juga dikenali sebagai penipuan identiti sebab penipu-penipu yang mempunyai akses kepada maklumat pemegang kad peribadi sedemikian mungkin menggunakannya untuk melakukan transaksi Internet yang tidak sah dalam talian atau melalui telefon.


Skiming berlaku apabila pencuri menggunakan pembaca kad magnet yang boleh dipegang tangan untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada jalur magnet di atas kad kredit, debit atau ATM dan memindahkan maklumat ini untuk memalsukan atau menklon kad. Penukaran itu dari kad jalur magnet ke kad bijak berasaskan cip akan mengakibatkan pengurangan yang besar dalam penipuan skiming tetapi ia bukan penyelesaian yang terjamin terhadap penipuan.


Langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menangani penipuan dan skiming adalah sangat sama dengan apa yang anda buat apabila anda mendapatkan satu kad baru atau apabila anda membeli-belah dalam talian sebab objektif utama ialah untuk mengawal dengan rapi mana-mana maklumat peribadi dan hartanah yang boleh diakses oleh pencuri untuk tujuan penipuan.


Ini termasuk:
1) Menyemak penyata kewangan dan kad anda dengan segera dan teliti untuk ketepatan dan melaporkan sebarang kesalahan dengan segera.

2) Tidak mendedahkan kad atau butir-butir peribadi anda terutamanya (nombor kad, PIN, tarikh lahir, nombor IC, nama ibu sebelum berkahwin, dan sebagainya) kecuali anda memulakan transaksi itu. Jangan berbalas kepada permintaan e-mel yang tidak diminta untuk maklumat peribadi.

3) Melindungi IC, lesen memandu dan maklumat peribadi lain anda pada setiap masa.

4) Cuba tidak membiarkan pelayan, kerani jualan atau pembantu pam petrol memegang kad anda tanpa dilihat oleh anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan skiming.

5) Tidak meninggalkan resit transaksi kad di tempat pembelian itu selepas membuat pembayaran kad untuk mengisikan petrol atau membeli sesuatu. Sentiasa menyimpan salinan resit transaksi dan gunakannya untuk menyemak dengan penyata kad anda.

6) Mengelakkan ATM yang terpencil atau kelihatan ganjil kerana mereka mungkin dimanipulasikan untuk skim data daripada kad anda. Sentiasa lihat ke belakang untuk mengetahui sama ada orang yang kelihatan tidak jujur ada di belakang anda dan melindungi pad kekunci itu semasa anda menggunakan sesuatu ATM atau perkhidmatan Internet awam.

7) Memasang tembok api (Firewall) dan perlindungan virus dalam komputer rumah dan pejabat anda untuk mengurangkan kemungkinan hacker.

8) Berurus hanya dengan laman web yang mempunyai reputasi untuk transaksi dalam talian tetapi berjaga-jaga terhadap laman cermin yang tidak sah yang telah diletakkan oleh hackers.

9) Menggunakan kata laluan yang lebih panjang untuk melindungi semua maklumat Internet dan akaun bank anda. Makin panjang kata laluan, makin susah ia akan dipecahkan.


Periksa transaksi kredit kad anda untuk mengelakkan urusniaga tanpa kebenaran

1) Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga

2) Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan anda sebaik sahaja ianya diterima

3) Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran

4) Musnahkan semua slip-slip urus niaga sebelum anda membuangnya

Awas Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon

Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda. Jangan dedahkan apa-apa maklumat.

Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank anda sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat. Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet

Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.

Jangan sesekali dedahkan Nama di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.

Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad. Jangan sesekali dedahkan.

Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.

(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.

(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.

(3) Segera laporkan kepada bank anda. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.


Rujukan : http://www.bankinginfo.com.my/02_know_your_products/0206_things_to_note/credit_cards.php?intPrefLangID=2#content4 , http://www.rileks.info/coollist/2008/04/awas-penipuan-kad-kredit-melalui-telefon/ , http://www.familiazam.com/melindungi_kad.htm


No comments:

Post a Comment