Bagai menunggang kuda...


Bagai menunggang kuda???ini tajuk dalam berita kosmo berkaitan Kukur kelapa, bertarikh bila tak tahu la pulak. Terdapat juga teka-teki dahulukala berkaitan kukur ni, Contoh macam kat bawah ni:

'Ada satu kuda sakti, badannya kayu kepalanya besi, naik orang tidak berhenti, kadang petang kadang pagi'.

Ni antara benda yang Humaira belum jumpa apatah lagi mencubanya, kalau dia tengok la Wan dia guna Kukur kelapa ni ada dia nak cuba. Rasanya bukan setakat naik je, ada dia ambil tempurung kelapa ke apa2 benda je la asalkan dia boleh buat macam mana Wan dia buat. Sedangkan tengok Wan mesin kelapa guna mesin kelapa elektrik tu pun dia nak cuba juga...hish tak reti takut anak mama sorang ni....

Kukur kelapa masih wujud lagi kat rumah ni, cuma jarang2 digunakan je. Selalunya Mak guna Kukur kelapa ni kalau nak buat inti kuih je. Sedap inti kuih yang dikukur guna kukur tradisional ni dan memang berbeza la dengan tekstur inti dari kelapa yang dimesin. Tapi kalau beli kuih kat luar susah la nak jumpa inti kuih yang dikukur, mana ada dah orang rajin nak kukur kelapa. Terutama kalau nak buat kuih ni, kelapa yang diperlukan tu plak nak kena kelapa muda sikit, lagi la mencabar...kalau tak mahir tak cantik la hasil kukuran tu..

Masa kecil2 dulu ni la kerja kat dapur yang paling malas nak buat..letih kukur kelapa ni terutama kalau mengukur kelapa nak buat inti. Kalau dah penyakit malas datang memang kasar2 dan berketul2 la kelapa tu jadinya. Cara duduk nak mengukur ni macam menunggang kuda atau duduk macam ala ala bertimpuh atau ala ala duduk atas motor vespa, dimana kaka dirapatkan dan diletakkan disatu bahagian sahaja kira2 macam dalam gambar kat bawah ni la...



Rasanya orang zaman sekarang kenal kukur kelapa hanya bila berkunjung ke muzium je kot. Dan kalau ade pun generasi sekarang yang dapat merasa pengalaman mengukur kelapa guna kukur ni, hanya la sewaktu pertandingan mengukur kelapa yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu bagi mengimbau kenangan dulu...hmmm ada lagi tak pertandingan cam tu eik???

Ok la seperti biasa saya akan menyenaraikan serba sedikit berkaitan peralatan tradisional seperti kukur ni. Antara ciri2 kukur kelapa ialah;

~Badan diperbuat daripada kayu

~ Mempunyai mata besi bergerigi di hujungnya.

~ Terdapat pelbagai jenis, bentuk, saiz dan ciri kukur kelapa

~ Mata besi yang tajam itu boleh mengukur atau memarut isi kelapa yang telah dibelah dua

~ Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kukur duduk, kukur silang dan kukur kotak.

~ Berbentuk seakan binatang berkaki empat yang dipelbagaikan gaya dan rupa.

~ Kebanyakan kukuran tradisional dibentuk daripada sebatang kayu yang bersekali di antara tempat duduk dengan tempat meletakkan besi mata kukur.

~ Kukuran jenis kukur silang, ia boleh dilipat. Bentuknya seperti rehal.

~ Kukuran jenis kotak pula, ia berkembang mengikut arus kemodenan. Bentuk kekotak ini memudahkan pengguna menyimpan mata kukur dengan selamat selepas digunakan memandangkan ia boleh dilipat dan disimpan di dalam kukuran.

~ Sesebuah kukur biasanya menggunakan kayu jenis leban, cengal dan nangka

~ Gaya duduk pada kukuran ini seolah-olah menunggang kuda

Ni la rupanya kukur kelapa bagi yang tak kenal...



1 comment:

  1. iyer lah dulu kecik2 rajin nampak benda ni.sekarang payah nak jumpa.

    ReplyDelete