Bersin Itu Sihat


Apa itu bersin?

Bersin berlaku disebabkan oleh badan yang kering dan pori-pori kulit yang terbuka. Bersin juga boleh disebabkan oleh tidak tercapainya rasa kenyang. Bersin adalah lawan kepada menguap. Udara dikeluarkan dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang iaitu mulut dan hidung yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.. Bersin mempunyai manfaat yang sangat besar bagi tubuh. Ketika bersin sejumlah debu atau kotoran yang berada dalam organ pernafasan akan keluar.



Penyebab yang biasa

1) Alergi / alahan
• Debu
• Kutu haiwan
• Debunga
• Kulat

2)Jangkitan virus
• Selesema
• Jangkitan saluran pernafasan

3)Bahan iritasi kepada hidung
• Bedak
• Asap
• Bau yang kuat


Apakah yang perlu dilakukan?

Jumpa doktor sekiranya

1) Bersin disertai dengan gejala seperti;
• Sakit kepala
• Hidung tersumbat
• Sesak nafas
2)Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.


Demam Selesema.

Langkah penjagaan diri
• Dapatkan rehat secukupnya.
• Minum banyak air.
• Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin, guna tisu atau tangan
untuk menutup mulut ketika bersin.
• Basuh tangan dengan kerap, virus selesema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
• Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan
alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
• Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung.


Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi /alahan

• Jauhi haiwan peliharaan berbulu
• Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
• Elakkan dari merokok dan asap
• Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
• Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
• Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
• Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampa gas ("vacum cleaner")


Rawatan
Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh. Ubat "Antihistamina"
digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari
ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik. "Nasal decongestants" boleh memberi
kelegaan sementara. Tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih
teruk.


Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin

Bersin adalah suatu yang disukai oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),


يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ

“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:

“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:

“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)


No comments:

Post a Comment