Dapur dulu - dulu.....


Zaman sekarang pelbagai jenis dapur dijual dipasaran, dapur gas, dapur elektrik dijual dengan bermacam2 bentuk dan gaya. Orang dulu2 terutama yang duduk kat kampung boleh dikatakan semuanya menggunakan dapur kayu je.

Seingat saya, mak bertukar menggunakan dapur gas lewat tahun 80an, masa saya masih di sekolah rendah lagi tapi waktu tu dapur kayu tetap digunakan untuk masak air dll. Kenangan sewaktu menggunakan dapur kayu tu tetap segar dalam ingatan. Zaman sekarang ni mana ada orang gunakan dapur kayu dah sangat, kalau ada pun yang masih berada di bawah garis kemiskinan tegar sahaja la.

Waktu masih menggunakan dapur kayu sepenuhnya memang seksa sedikit ya la atap rumah bleh jadi hitam, tak kena gaya dapur pun boleh dipenuhi asap kalau api yang dinyalakan tu tak hidup betul2. Mata pun bleh berair dek asap ni..huhuhu...pedih tu jangan cakap la, hanya orang yang pernah melalui je yang faham.

Bab nak hidupkan api ni memang sedikit mencabar bagi yang amatur la. Selalunya kami menggunakan minyak tanah yang diletakkan sedikit keatas kayu api yang dah disusun kemudian baru la dinyalakan api menggunakan mancis api. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan getah. Getah ni bukan sebarang getah, biasa nya mak saya akan membawa balik getah yang diambil dari sudu getah. (sedikit info : Bagi yang tak tahu, semasa batang pokok getah tu ditoreh getah yang melekat kat sudu getah tu perlu dibuang supaya getah dapat mengalir sempurna masuk ke mangkuk getah). Perlu diingat, kalau guna getah ni udara pun berbau la sedikit, tapi sekejap je...

Nak susun kayu api tu pun kena betul juga caranya, kalau tak api yang dinyalakan susah nak hidup. Selain itu, kalau nak bagi api tu "marak' sedikit, biasanya kami akan tiup samaada menggunakan buluh atau besi yang berlubang, tak pun kipas je dengan tudung periuk, tapi kena perlahan2 je la, kalau tak berdebu la dapur.

Satu masalah kalau guna dapur ni, terutama yang ada kucing yang tak reti nak 'berdisplin' kena sentiasa pastikan sebelum memasak tu, tak ada n**** kucing.

Kalau kat kampung bekalan kayu api ni tak da la susah nak dapat. Selalunya mak akan bawa balik dahan getah yang dah jatuh sebagai kayu api. Selalunya memang sentiasa ada 'stok' la samaada yang dah dipotong pendek atau belum dipotong. Sebelum memasak tu pun nak kena pastikan 'stok' kayu api bawah dapur tu mencukupi, kalau tak, tak ke naya kena turun ke tanah ambil kayu api pulak tengah2 memasak tu.

Dulu bukan setakat tolong mak cari kayu api kat kebun getah saja. Pernah la juga pegang parang nak kerat kayu api tu bagi pendek2 skit. Klau diingat balik lasak juga la masa kecil2 dulu boleh naik turun bukit, dengan pacat, nyamuk, pokok berduri dan miang serta tanah licin lagi, bawak balik kayu api, bukan sikit2 ada masa 3/4 batang kayu yang panjang2 dan boleh tahan jugak la saiznya. Sekarang ni terfikir juga mampu ke saya nak buat semua tu???? hmmm...macam tak mampu je....

Masak guna dapur kayu ni memang unik, terutama dari segi rasa masakan tu sendiri, mungkin ada penambah rasa semulajadi hasil dari kayu yang dibakar tak pun kesan dari asap tu kot. Selalunya, kalau masak nasi dan bila nasi dah hampir nak masak, periuk perlu ditutup dan api perlu dipadam kan atau kayu api yang mana masih bernyala perlu dialih ke tepi dengan meninggalkan sedikit bara, bagi proses mengeringkan sedikit nasi tu. Sekarang kalau masak nasi letak dalam rice cooker je pastu tinggal tak perlu nak jaga dah.

Zaman sekarang ni, bagi sapa2 yang pergi berkhemah dan guna kayu api untuk memasak je yang bleh merasa pengalaman sebegini. Kat kampung saya ni, kalau kenduri kahwin ramai lagi yang masak guna kayu api ni. Bagi yang tak pernah tengok dapur kayu dan bagi yang nak mengimbau kenangan dulu bleh la tengok contoh gambar dapur kayu kat bawah ni.....



Ciri2 dapur kayu:
~ Berbentuk kotak 4 persegi
~ Bertiang paras pinggang atau rendah sedikit dan ada juga yang tak bertiang
~ Diisi dengan tanah liat yang dimampatkan, ada juga yang guna pasir
~ Terdapat 2 palang besi yang diletak diatas 2 batubata di kedua2 bahagian kiri kanan dapur
~ Palang besi ini digunakan sebagai tempat meletak periuk/cerek/kuali
~ Menggunakan kayu api sebagai bahan bakar (bleh juga guna tempurung kelapa atau buluh)
~ Stok kayu api biasanya diletak di bahagian bawah dapur untuk keperluan memasak.
~ Apabila api dapur mulai malap, buluh digunakan untuk meniup bara api untuk memarakkan api.

Sumber gambar : http://malaysiana.pnm.my

No comments:

Post a Comment