Gempa


Dari kecil lagi dalam fikiran ni dah terpahat yang Malaysia ni sebuah negara yang selamat...selamat dari kejadian gempa bumi. Tapi pernah juga terlintas di fikiran yang Malaysia ni ada berkemungkinan akan dilanda gempa. Ya la..jiran kita Indonesia yang kerap juga mengalami kejadian gempa ni bukan jauh sangat pun.

Selalu sangat terjadi kalau berlakunya satu2 gempa bumi yang berskala agak tinggi di Indonesia, ada sesetengah tempat kat Malaysia ni turut sama merasai gegarannya. Contohnya sewaktu berlakunya gegaran yang mengakibatkan tsunami pada akhir tahun 2004 dulu, memang boleh rasa gegarannya terutama yang duduk di bangunan2 tinggi.

Pada tahun lepas, kalau tak silap..negara kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Bukit tinggi, tapi ada pihak yang mengatakan kita tak perlu risau kerana gegarannya kecil sahaja. Banyak kali jugak la gegaran terjadi kat situ...Pernahkah anda terfikir yang kejadian serupa akan berlaku kat tempat lain dalam Malaysia ni???

Awal tahun ni pulak satu gegaran berlaku di Jerantut, ada juga yang masih cakap tak perlu risau, cuma kejadian terpencil sahaja. Tapi bacaan gegarannya 3.0 skala richter, tak risau ke???? Terfikir juga kedua2 tempat berlaku kat negeri Pahang. Satu kebetulan atau....????Selamat ke duduk kat pahang ni????dah tu pulak Lipis dekat sangat dengan Jerantut....

Semalam berlaku lagi kejadian gempa ni, kali ni kat Manjung Perak pula..menurut berita gegaran tu mengakibatkan gempa bumi lemah yang berukuran 2.6 skala ritcher yang melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam tadi. Walaupun dikhabarkan tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu, tapi tidakkah kita terfikir dah tak selamat ke duduk Malaysia ni???akan ada gegaran susulan ke lepas2 ni???

Menurut cakap2 orang, gempa kali ni semacam satu peringatan atau 'balasan' dari Allah sebab Karnival Jom Heboh, TV3 yang penuh dengan program MAKSIAT baru saja berakhir di pengkalan TLDM Lumut, Manjung,Perak. Hmmm....renung2kan....

Kalau kita anggap gempa ni sebagai peringatan dari Allah, sama2 la kita memperbaiki amal ibadat kita dan mengajak serta menegur orang yang 'terlalai' dan 'alpa'....tak ke lebih baik dari bercakap2 kosong tapi tak da tindakan....

Kat bawah ni statistik la kot berkaitan gempa yang dirasai di Semenanjung Malaysia dari tahun 1909 hingga januari 2009..fikirkan dan bersiap sedia la untuk segala kemungkinan..tak mustahil gempa ni nanti jadi perkara biasa plak(minta dijauhkan kalau boleh...)

Gempa Bumi yang dirasai di Malaysia

State

Frequencies

Maximum Intensity Observed (Modified Mercalli Scale)

Peninsular Malaysia (1909 - January 2009)

Perlis

4

IV

Kedah

13

V

Penang

37

VI

Perak

19

VI

Selangor/Kuala Lumpur

48

VI

Negeri Sembilan

8

V

Melaka

16

V

Johor

29

VI

Pahang

24

III

Terengganu

2

IV

Kelantan

3

IV



No comments:

Post a Comment