Kurangkan Degil dan Panas Baran


Mendidik anak yang sedang membesar memang kadang kala menguji kesabaran, terutama jika anak tersebut semakin tidak mendengar kata atau di istilahkan sebagai 'degil'. Namun umur seperti Humaira ini, jika dicakap atau ditegur macam mana pun ada masa dia buat tak faham je. Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
  • 1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
  • 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

4. Cara ini juga boleh dicuba
  • 1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • 2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • 3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.

5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]


Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

Rujukan : http://Ratuhati.com , http://malay.cari.com.my , http://www.mesra.net

No comments:

Post a Comment