Lastik


Bila melihat Humaira bermain2 dengan lastik teringat kenangan masa budak2 dahulu. Walaupun tak pernah memiliki lastik sendiri jauh sekali la nak buat sendiri lastik tu, tapi pandai la juga macam mana nak guna dan tahu la juga macam mana nak buat lastik tu.

Bila teringat kembali peristiwa semasa baru2 nak berjinak dengan lastik ni, selalunya tergelak sendiri je la, masakan tidak masa tu budak lagi. Tapi tak ingat la pulak umur brape tahun, agak2 dalam tadika atau darjah satu kot, yang pasti time tu ade kenduri kat rumah uwan. Tah lastik kepunyaan siapa pun tak pasti, konon2 pandai la nak guna, ambil batu pastu cuba lastik..tup tup batu lepas dalam rumah. Apa lagi kena marah la, nasib baik tak kena dekat sapa2. Tuju betul dah ke depan tapi batu terlepas ke belakang juga rupa2nya tersalah pegang, tarik getah kehadapan sepatutnya ke belakang.

Humaira tak da la pandai guna pun lastik tu dan tak pernah cuba melastik pun, bagi dia lastik tu untuk halau biri2 je. Sebabnya dia selalu tengok tok dan wan nya melastik biri2 yang masuk ke dalam pagar umah yang sah2 tak di undang. Baru2 ni ada la biri2 masuk dalam pagar rumah, sebaik je dia nampak biri2 tu terus dia berlari ambil lastik (tanpa batu sebagai 'peluru') tapi mulut je yang berbunyi sebagai tanda menghalau biri2 tersebut, lastik kat tangan dipegang sahaja.. nasib baik dia tak baling lastik tu ke arah biri2, kalau tak jadi kerja plak nak kutip balik lastik tu. Bersorak sakan la dia sebab biri2 tu lari keluar pagar, konon2 nya macam dia berjaya la melastik biri2. Humaira..Humaira...ada sikit masa lagi keje melastik je la bila dah pandai guna lastik tu nanti.

Satu waktu dulu, memang lastik ni popular dikalangan budak2 terutama budak2 lelaki. sekarang ni dah jarang jumpa budak2 bawa lastik kesana ke mari, kat kampung pun dah kurang banyak sangat dah permainan yang lagi menyeronokkan. Lastik ni selalunya dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan. Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. "Pelurunya" pulak samaada batu atau pun biji getah. Satu masa nanti generasi kita cuma dapat tengok gambar lastik je la tanpa dapat merasa macam mana feel melastik tu...tak mustahil....


Sumber gambar : http://www.malaysiana.pnm.my

No comments:

Post a Comment