Nilai perkembangan anak


Penilaian perkembangan kanak kanak adalah satu faktor penting dalam pemeriksaan kanak-kanak. Selalunya penilaian ini dibuat ketika ibu membawa anak untuk imunisasi.

Secara amnya penilaian perkembangan kanak kanak membabitkan tiga faktor penting iaitu:

1) Perkembangan motor secara kasar (gross motor development)

2) Perkembangan motor secara halus (fine motor development)

3) Perkembangan sosial dan pertuturan

Motor yang dimaksudkan di sini adalah kebolehan kanak-kanak melakukan pergerakan menggunakan otot. Terdapat tahap tertentu di mana kanak-kanak boleh melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, bayi boleh berpusing dari depan ke belakang pada umur tiga ke empat bulan. Oleh itu jika bayi tidak dapat melakukan proses itu dalam lingkungan masa tertentu kemungkinan adanya kelewatan perkembangan bayi.

Bagaimanapun bayi tidak sepatutnya hanya dinilai dari satu aspek kerana banyak faktor lain mempengaruhi perkembangan bayi seperti berat badan yang terlalu berat yang menyebabkan proses itu lambat.

Proses penilaian perkembangan kanak-kanak atau bayi penting kerana membolehkan doktor atau pegawai kesihatan mengenal pasti tanda awal jika ada masalah dalam perkembangan kanak-kanak.

Pada usia lapan bulan, bayi sepatutnya boleh melakukan perkara ini,

a) Motor Kasar:
- Mempunyai leher yang tegap
- Duduk dengan cara tangan bayi ke hadapan untuk membantu posisi bayi
- Boleh berpusing ke hadapan dan ke belakang

b) Motor Halus:
- Mencapai barang barang yang dihulurkan
- Boleh mengalihkan barang dari tangan kiri ke kanan

c) Perkembangan Sosial dan Pertuturan
- Mencari permainan yang hilang dari pandangan mata
- Mula takut kepada orang yang tidak dikenali

Dari segi pertuturan pula boleh membuat bunyi “ma” “pa” “ga “ sebagainya. Jika kanak kanak itu tidak mencapai kebolehan melakukan perkara di atas kemungkinan besar berlaku kelewatan dalam perkembangannya.

Ada pelbagai sebab perkembangan kanak-kanak lewat. Masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

1)Masalah ketika mengandung, seperti infeksi dalam kandungan disebabkan penyakit seperti rubella, toxoplasma (jangkitan parasit dari kucing) atau virus seperti cytomegalovirus (CMV). Dalam proses mengandung jika ada jangkitan itu dalam trimester pertama ( tiga bulan pertama) wujud kemungkinan besar masalah kelewatan perkembangan dan juga masalah kongenital. Ini kerana pada ketika itu, ia adalah peringkat penting dalam pembentukan struktur organ penting janin.

2) Masalah yang timbul ketika melahirkan anak. Dalam proses melahirkan anak mungkin timbulnya masalah menyebabkan bayi kekurangan oksigen. Ada pelbagai sebab ini boleh berlaku. Sebagai contoh, bayi yang berat badannya terlalu besar boleh menyebabkan kesusahan dalam proses kelahiran dan ini boleh menyebabkan kekurangan oksigen kepada bayi.

3) Masalah yang timbul selepas kelahiran. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan jangkitan kuman di otak. Masalah metabolisme dan hormon kanak-kanak, jika kita mengambil contoh kekurangan hormon tiroksin iaitu hormon penting dalam metabolisme kanak kanak. Bukan hanya perkembangan kanak kanak dari segi fungsi tetapi juga perkembangan dari segi fizikal juga akan lewat.

Dengan mengenal pasti sesuatu kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak penilaian seterusnya dapat dilakukan dan ini mungkin dapat mengatasi masalah sebenarnya. Selalunya kelewatan perkembangan adalah manifestasi penyakit yang mungkin dialami bayi atau kanak-kanak itu.


Sumber dipetik dari : http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-209317.html

1 comment:

  1. salam...hi, i'm new follower...
    tp sbnrnyer sy dh lame bace blog awak since early last year, ,
    anyway thanks for the good info...
    btw nk tnya soklan bleh?
    erm, klu bayi itu lebih advance dr umornyer, adakah die dikenali sbagai hiper active?
    tq=)

    fell free to visit: http://mamajong.blogspot.com

    ReplyDelete