tabung buluh


Humaira sekarang dah tahu nilai duit. Kalau dia dapat duit tak kira la RM1 atau RM5 sekalipun dia pasti akan sebut beli coklat, beli baju upin&Ipin. Tapi kalau dia dapat syiling sahaja dia akan cepat2 masukkan dalam tabung. Bagi dia mana2 duit syiling yang dia dapat akan dimasukkan dalam tabung dan Duit Kertas tak kira nilainya berapa untuk berbelanja beli coklat atau baju. Tak kena gaya dapat je duit kertas tu dia akan paksa pergi ke kedai la...

Sekarang ni pun tabung pooh dia dah penuh, kena cari tabung baru la pula...

Sebut pasal tabung ni, teringat masa kecil2 dulu. Disebabkan kami adik beradik bukan la dari keluarga yang senang jadi tabung pun waktu tu cuma guna tabung buluh je la. Tak macam zaman sekarang tabung ada pelbagai jenis tabung, tabung kaca, tabung plastik, tabung tin, tabung tembikar, dah tu pulak berbagai rupa, bentuk haiwan, buah, rumah dan bermacam2 lagi la. Harga pun ada yang mahal dan ade yang murah juga.

Dulu, Abah saya buatkan tabung buluh ni bertingkat, atas dan bawah. Saya pun dah tak berapa ingat tabung saya yang kat bawah ke yang kat atas...rasa2nya yang bawah kot dan bahagian atas pula adik saya punya. Bila dah bertingkat tu susah la nak tahu setakat mana dah syiling nya, dah nak penuh ke belum. Ya la kalau goyang ke ketuk ke dua2 akan berbunyi.

Cara nak buat tabung ni kira2 macam ni la ; Batang Buluh yang tebal dan ruas yang panjang diperlukan untuk dijadikan tabung. Batang buluh dipotong mengikut ukuran yang diingini dan ditebuk secara melintang menyerupai bentuk lubang secara melintang. Ukuran lubang tu kira2 boleh muat duit syiling 50 sen la. Kemudian, buluh ini digosok dengan daun palas untuk melicinkannya. kebiasaannya tabung ni akan dipaku ke tiang dinding.

Apabila tabung buluh ini penuh, tabung ini akan dipecahkan untuk mengeluarkan duit yang disimpan. Pendek kata untuk sekali pakai je la, bila dah dipecahkan kena buat tabung yang lain la pulak. Rupa tabung buluh tu macam gambar kat bawah ni la.



Tak kira la apa jenis tabung yang kita beli atau buat sendiri, yang penting sebagai ibu bapa kena la ajar anak2 kita menabung start diaorang masih kecil ni la. Kita pun kena la menabung atau menyimpan gak supaya anak kita tak da alasan untuk malas menabung.

No comments:

Post a Comment