45 buah buahan kampung.. emmm sedap!!!!!


Bila makan mempelam ari tu teringat zaman budak2 dulu..sedapnya.. sekarang ni dah susah nak jumpa buah2 kampung ni, rindu rasa zaman budak2 dulu rasa fresh je time makan buah2 tu...

Tetiba teringat pasal buah2 yang pernah dimakan masa budak2 dulu, so sesaje je la senaraikan kat sini, nak explain cam na rupa ke rasa ke dah ingat2 lupa, senarai ni pun setakat yang ingat je la....


1) Buah Kerekuk - Paling dingati pasal pokok Kerekuk ni ialah jadi tempat berteduh dan tempat menunggu kawan, sebabnya kebetulan pokok ni berada di tepi jalan dan bawah pokok tu pulak ada batu besar sesuai untuk dibuat tempat duduk....


2) Buah Mengkinang - Baru2 ni ada la makan, mak beli kat pasar RM0.50 sebiji, dulu2 ada la pokok buah mengkinang ni kat rumah wan, uniknya kalau nak makan, kalau buah yang dah masak tu masih keras kena ketuk2 dulu keseluruhan buah tu baru rasa dia sedap, tapi kalau dah lembut tak perlu la.

3) Buah Ara - Seingat saya masa nak cari buah ara ni kena masuk dalam semak dan pokok dia pulak tepi paya.

4) Buah Beras - Tak tahu la orang lain panggil apa buah ni, buah ni kecil2 warna merah pokok dia pun kecik je. selalunya kat dalam kebun getah jumpa la pokok ni.

5) Buah Cenderai - bila masak buah ni berwarna hitam, kalau masih hijau biasanya budak2 buat peluru main pistol buluh je...



6) Buah Cermai - buah ni boleh dibuat jeruk, warna dia kuning bila dah masak, kecil2 je buah nya


7) Buah Jambu Air - banyak jenis buah jambu ni, tapi yang saya maksudkan kat sini yang kecil2 warna merah, ada orang panggil jambu bertih kot...jambu ni masam2 skit, sedap cicah dengan gula campur kicap.



8) Buah Jambu Galah - ada orang panggil dengan nama jambu boi/bol jugak, warna dia pink kemerahan, ni pun sedap makan cicah kicap campur gula. Dulu pakar panjat pokok jambu ni sampai ke puncak ke hujung dahan...hihihi..bukan apa pokok dia senang nak panjat banyak cabang....


9) Buah Tampoi - rasanya ni buah hutan kot, jarang2 dapat makan.


10) Buah Tampar ingat - sebenarnya tak berapa ingat nama buah ni, kalau tak silap ni la nama dia, buahnya kecil2 rapat2 macam dalam satu kelopak je kalau tak silap warna dia merah terang kot.

11) Buah Kuini - buah ni berbau, wangi sweet je bau dia, tak seperti buah bacang/macang



12) Buah Bacang/Macang- buah ni berbau kalau dah masak, kuat jugak bau dia, rasa dia ok la, emmm lama dah tak makan...


13) Buah Mempelam - buah ni la penyebab Rifqi meragam ari tu...hihihi..dulu pokok mempelam ni ade kat rumah Wan, tapi buah dia selalu tak elok, mungkin sebab pokok dah tua kot



14) Buah Kundang - seperti buah mempelam tapi bersaiz kecil. biasa makan cicah kicap campur gula. Pokok kundang dulu ade kat depan rumah Wan tapi dah lama kena tebang sewaktu nak buat jalan dulu lagi dah, kalau tak silap zaman sekolah rendah lagi kot.



15) Buah Rawa - Saiz dia pun kecil2 jugak besar skit dari buah kundang kot, bila masak kulit dia warna ungu kemerahan kot kalau tak silap. Pokok rawa ni ade lagi kat belakang rumah Wan tapi selalunya tak dapat makan sebab kera dulu yang pulun tak sempat masak pun.


16) Buah koko - masa kecik2 dulu ada pokok koko ni, selalu gak makan, tapi orang kata tak elok makan boleh sebabkan nipis usus, tah la betul tidak...



17) Buah Kopi - buah kopi ni isi dia nipis je biji dia je yang besar, pokok kopi ni dulu ade kat bukit belakang rumah wan, la ni tak tahu la ade lagi ke tidak



18) Buah Markisa - pokok dia pun ada Wan tanam masa saya sekolah rendah dulu, pokok macam menjalar skit



19) Durian Belanda - Pokok ni masih ade kat rumah Wan dan selalu gak dapat makan, kiranya rajin jugak la pokok durian belanda ni berbuah...


20) Buah nona - ni pun ade tanam kat rumah wan, sekarang ni tak perasan ade tidak lagi


21) Buah kedondong - 1 lagi buah yang ditanam oleh Wan, pokok dia ade lagi sampai sekarang cuma tak berbuah sangat dah. kedondong ni sedap buat jeruk.....


22) Buah jambu gajus- ha..yg ni ade kat rumah mak saya ni zaman saya sebelum sekolah rendah dulu la...


23) buh letup2- ada orang panggil Buah Ulan Leletup, ianya sejenis pokok menjalar..di tanah pamah & pagar buahnya warna kuning bila masak..rasanya manis...


24) Buah kertau - pokoknya masih ada kat rumah mak ni, kalau ramas buah ni tangan pun akan jadi berwarna merah keungguan kesan dari air dari buah ni. bila dah masak rasa buah ni manis jugak la, daun dia direbus untuk buat cucian **** bagi wanita


25) Kemunting - buah ni banyak biji kecil2, rasa dia ok la, dulu selalu jumpa kat tepi jalan je, tak pernah tanam plak pokok ni


26) Ceri - biasanya burung suka makan ni, buah ni tak de la sedap sangat, kat depan rumah ni ade pokok dia tapi la ni tak de dah yang kutip dan makan buah ni cuma burung2 je..masa kecik2 dulu je rajin makan



27) Buah berangan - dulu selalu kutip buah berangan ni , pokok dia ada kat dalam kebun getah, boleh makan mentah atau digoreng tanpa minyak, tapi bab nak goreng tu yang malas letih lama jugak nak masaknya



28) Buah bidara- buah bidara ni macam buah mata kucing tapi isi dia nipis sikit, sekarang ni dah tak jumpa dah buah ni....



29) Buah mata kucing - besar sikit dari buah bidara dan senang la jugak nak dapat bila kena ngan musimnya


30) Buah langsat - pokok langsat ni tinggi, masa zaman budak2 dulu selalu tengok abah panjat pokok langsat ni, nak turunkan buah dia bakul yg berisi buah tu akan diikat dengan tali dan diturunkan perlahan2, huh sayup je tengok ke atas...



31) Rambai - tak de tanam pokok ni tapi ade kat rumah jiran, dah agak lama tak makan buah ni



32) Ciku -masih ade lagi pokok ni kat tepi rumah, kalau ambil buah ciku ni kena peram dulu nak bagi dia masak dan lembut



33) Kelubi - biasanya orang buat jeruk, dah agak lama jugak tak makan jeruk kelubi ni, dulu2 ade jual RM0.20 satu bekas plastik aiskrim tu tapi tak ingat ade brape biji dalam satu bekas tu...


34) Buah Petai Belalang - bentuk dia memang macam petai tapi tak berebau kuat macam petai tu, dulu pokok ni ade kat rumah arwah tok


35) Jambu batu - macam2 jenis buah jambu batu ni, ade yang isi putih isi merah jambu, bukan sahaja buah nya yg dimakan tapi kulit dan pucuk daun nya boleh di buat ubat sakit perut



36) Nangka - ni antara buah kesukaan, walaupun makan banyak boleh sebabkan kembung perut tapi tak kisah, terutama nangka kampung, sedap.....


37) Rambutan - macam2 jenis rambutan ni, ada yang msam, manis, ade yg lekang tak lekang isinya. Tahun ni pokok rambutan kat rumah mak ni tak berbunga plak, tak dapat la nak makan banyak2 tahun ni



38) Pulasan - macam rambutan tapi kalau nak makan kena pulas kulit luar dia... bila la pokok pulasan kat rumah mak ni nak berbuah elok....


39 Manggis - Dulu suka jugak panjat pokok ni, terutama kat rumah jiran sekali ngan anak dia, pastu berborak atas dahan pokok ni sambil makan buah nya...seronoknya masa tu...


40) Durian - Tahun ni pun tak berbuah pokok durian tepi rumah ni, kalau dulu pokok durian mak abah ni cuma ada kat dalam kebun getah je, dah kalau gugur b*** dulu yang dapat makan



41) Betik - Dulu ada pokok kat rumah, la ni kalau nak makan kena beli la, pokok betik ni pun banyak kegunaannya, daun betik contohnya boleh dibuat ubat


42) Salak- Dulu salak ni pun ditanam kat dalam kebun getah jugak, pokok salak yang bawak balik dari rumah mak mertua pun tak tanam lagi tak de tempat yang sesuai...


43) Duku - tanam pokok ni tapi tak berbuah sangat, biasa beli je sekarang ni


44) Dokong- Adik beradik langsat dan duku


45) Cempedak - ada kat bukit kat sebelah rumah ni, tapi buah tak berapa jadi, suka makan goreng cempedak ni



Dan pastinya banyak lagi buahan kampung ni, kalau teringat nanti saya akan senaraikan lagi....

7 comments:

  1. emmm..menarik info ni..teringat masa panjat pokok ceri kat sekolah dulu (kitorang duk asrama n memang memanjat lah kerjanya)..hehe

    suzana, awak boleh dapatkan maklumat tak kat mana saya boleh dapatkan benih2/anak pokok buah kerekuk, mengkinang, buah rawa...kat kampung saya pokok2 ni dah pupus kerana kerakusan manusia..

    ReplyDelete
  2. Tak tahu la plak kat mana nk cari benih2 pokok tu semua....
    hohoho u know me eik???camna???ex-smapt ke?? sorry betul2 tk cam....

    ReplyDelete
  3. saya ingat, masa kecil dulu buah buah itu memang kita cari sendiri, kita tak mewah macam orang sekarang. Di kampong saya di kuala lipis, nama kg keledek, musim buah hutan kami masok hutan cari buat tampoi sampai ke hutan Koyan,

    Ada juga buah petaling, bangkong, petai dan kerdas.

    joha
    http://memories-of-lipis.blogspot.com/2010/08/durian-hutan.html

    ReplyDelete
  4. my memory of growing in a small village in Kuala Lipis is still fresh. the childhood friends,the sweetheart,the countless uncles and unties, the group works (gotong royang) colored the shaded the village.
    The days of planting and harvesting the padi (rice) started with a small festivals, a perfect moment to eye the potential life partners.
    joha
    http://memories-of-lipis.blogspot.com/2010/08/durian-hutan.html

    ReplyDelete
  5. Salam..update le lagi buah2an kampung ni...sekarang dipanggil pokok2 nadir..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...pernah dengar buah Namnam...itu salah satu buah yang ada kat kampung2 tertentu..

    ReplyDelete
  7. ada sejenis buah macam rambutan sebesar ibu jari jer. rasa masam manis. x tau nama. jumpa d sariken 8 jan lalu. masa kecik dulu byk d kg2

    ReplyDelete