Berjaya......buat latar blog sendiri


Boleh dikatakan berjaya la juga saya men'design' blog ni dan 'menggodam' bahagian 'edit HTML' ni. Nak kata puas hati boleh la juga, ya la saya ni rabun skit bab2 berkaitan HTML ni, setakat yang 'basic' je boleh.

Ikut hati teringin juga nak buat yang lagi advance tapi tak de masa la nak ngadap komputer ni. Banyak sangat yang nak kena belajar dan memerlukan penelitian dan tumpuan sepenuhnya. Bila dah bergelar Ibu ni banyak la benda yang lagi penting nak dilayan. Tambahan pulak anak dah 2.

Sebenarnya tak de la susah sangat nak faham setakat yang basic pasal 'menggodam' HTML ni. Yang penting ikut semua arahan yang diberi satu persatu. Pasti takkan ada masalah. Satu lagi kena pandai juga la pilih 'Hackers' mana yang bagus.

Sebelum ni saya banyak kali menukar layouts dan templates blog ni menggunakan templates yang ditawarkan secara percuma oleh orang2 yang mereka templates untuk blog2 terutama untuk blogger/blogspot ni. Tak susah mana cuma taip templates untuk blogger je, nanti kuar la kat carian google ke yahoo ke senarai web2 atau blog2 yang tawarkan templates untuk blogger secara percuma.

Rasanya hampir semua web atau blog yang tawarkan templates percuma tu saya tengok dan ada juga yang saya download untuk dicuba kat blog saya ni. Ada yang ok bila letak kat blog ni tapi ada juga yang kureng skit. Masalah yang biasa timbul kalau tukar/ambil templates2 percuma camni ialah:
  • Semua widget yang dah kita letak akan hilang dan kena install semula
  • ada kemungkinan artikel yang dah kita 'terbitkan' akan lari sikit contohnya tak de 'Numbered List' dan 'Bullet list' kat ayat yang sepatutnya kita dah letak nombor tu.
  • Kemungkinan juga kita akan berhadapan dengan templates rosak dan tak boleh digunakan kat blog kita.
Disebabkan adanya masalah seperti ni la saya ambil keputusan untuk cuba buat sendiri setakat yang boleh. Puas hati juga sebab ni la hasil usaha kita sendiri.

Apa yang saya buat kat blog saya ni sebenarnya kaedah yang paling simple dan paling basic. Antaranya:
  1. Mengubah 'templates' dari 2 column kepada 3 column dengan menggunakan templates blogspot ni juga. Kalau sesiapa menggunakan blog dari blogspot ni akan tahu la yang semua templates sedia ada semuanya 2 column je. Dan disebabkan saya lagi suka 3 column so, saya usahakan juga mencari input berkaitan hal ni. Pertama kali buat Terus jadi dan tak da masalah, mungkin penerangan dari blog "Blogger Buster" berkaitan tajuk ni terang dan mudah difahami kot.
  2. Untuk latar luar yangbercorak, latar untuk kepala blog dan warna latar blog ni semuanya boleh ditukar dengan senang nanti. So, senang la nanti kalau akan datang ni saya nak tukar pada konsep merah plak ke, coklat pulak ke atau latar luar yang berbunga2 ke tak la susah dan tak de la hilang semua widget yang dah diletak.
  3. Saya juga cuba membuat 'static page' atau muka depan untuk blog ni. yang ni pun cuma guna kaedah yang simple juga, saya belajar kaedah ni kat satu blog tak ingat plak blog mana...hihihi
  4. Mencuba buat kotak untuk komen terpapar sekali disetiap artikel
  5. Mencuba buat kaedah papar sebahagian sahaja isi coretan bagi carian mengikut kategori. Untuk coretan penuh sapa yang nak baca kena la tekan pada ayat "Coretan Penuh Disini"
  6. Belajar macammana cara nak buat ruang baru untuk Widget dibahagian kepala blog
Dan setelah mencuba ini la hasilnya. Mungkin selepas ni akan ada penambahan susulan. Dah jadi macam eksperimen reka layout blog plak.. :D

No comments:

Post a Comment