Ketahui khasiat sebiji epal


Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat sebiji epal yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama
15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Awas : walaupun kita digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya (kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya) tetapi seeloknya kita check epal tu datang dari negara mana dan pastikan epal tu jugak tak diselaputi oleh lilin. Kalau nak makan juga epal sekali dengan kulitnya pastikan dibersih dahulu betul2 dengan air dan lilin tadi dah dikikis dari kulit....

Tak percaya???? saya dah cuba memang ade sesetengah jenis epal yang bila dikikis kulitnya akan terkeluar bahan berwarna putih seakan2 lilin..cuba la untuk setiap jenis epal yang korang beli!!!!!!


Quote:
Please don't eat the skin of the apple because it's coated with wax. Check before you eat many of the fruits. WAX is being used for preservation purposes and cold storage. You might be surprised especially apples from USA and other parts are more than one year old, though it would look fresh. Becoz wax is coated, preventing bacteria to enter. So it does not get dry. Please Eat Apples after removing the wax as demonstrated below. Please follow this and let know others......



No comments:

Post a Comment