Meningitis..Penyakit apa plak ni????


emmm...masa mula2 baca berita pasal kes meningitis yang berlaku kat Melaka baru2 ni terkejut jugak..ya la sekarang satu dunia tengah sibuk2 pasal virus H1N1 dan terbaru kat Thailand plak ada dilaporkan kes ni...kita kat Malaysia ni plak tetiba je dihebohkan pasal kes kat Melaka yang berlaku kematian disebabkan meningitis ni plak...hai macam2 penyakit dah sekarang ni...

Tertanya2 gak apa dia meningitis ni...

Apa itu Meningitis?
Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang.

Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.

Penyebab Meningitis?
Penyakit boleh terjadi atas dua sebab iaitu jangkitan virus atau bakteria.

1) Jangkitan virus: Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan spesifik.

2) Serangan bakteria:
  • biasanya agak serius
  • mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.
  • kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis.
  • Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus.
3) Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B, virus polio, beguk, campak, herpes simplex, varisela , streptokokus pnemonia dan pneumokokus.


Bagaimana ia merebak?
  • Jangkitan ini boleh merebak daripada hirupan udara yang tersedia dengan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Meningitis.
  • Ia seakan mirip dengan selsema seperti selsema burung, selsema babi dan sebagainya. Semua orang berpontensi dijangkiti Meningitis.
  • Rekod menunjukkan Meningitis mudah dijangkiti kepada kanak-kanak 2 tahun ke bawah.
  • Neisseria meningitides atau meningokokus tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya. Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.
  • kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah.
  • Selain itu, jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya juga boleh menjadi cara penyebaran.
  • Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Kesan, Rawatan & Pencegahan
  • Tanpa rawatan, meningitis boleh mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu.
  • Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian “lumbar puncture”.
  • Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae)


Tanda-Tanda Awal Serangan Meningitis :

o Demam
o Kurang selesa.
o Enggan minum.
o Sakit kepala.
o Menangis berterusan. - Pada Kanak-Kanak
o Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. (”High pitch cry.”) - Pada kanak-kanak.


Tanda akhir serangan Meningitis:

o Muntah.
o Sawan.
o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
o Lemah.
o Ruam seperti lebam-lebam.
o Tidak sedar.

Kepada semua, jika anda atau anak-anak anda menghadapi simptom seperti diatas, segeralah bertemu dengan doktor. Agar nyawa kita dan anak-anak dapat diselamatkan. Insyallah.



ILUSTRASI menunjukkan otak yang normal (A) dan otak yang dijangkiti bakteria meningitis.





1 comment: