Mentera Suami!!!!! menakutkan....


Hari ni tengok Wanita Hari Ini membincangkan isu pasal mentera suami...hish macam2 perangai manusia ni....samaada si suami tu guna cara ni sebab terlampau sayang kat isteri atau sebaliknya tapi yang pasti cara ni salah di sisi islam.

Pada saya tak kira la tujuan atau niat si suami tu sebab sayangkan sangat isterinya tu tapi cara ni memang tak patut. Benda yang salah akan mendapat kesan yang buruk juga la tak kira cepat atau lambat pasti ada.

Menurut panel jemputan(dia ni pernah terkena mentera suami dia) suami dia ada sembur minyak wangi la kat dia, bagi minum air, letak sesuatu kat dalam air mandian yang menyebabkan dia mengikut je cakap suami sampai tak bleh nak kasi pendapat...kesian juga...

Menurut ahli panel yang dijemput tu, ustaz tu dah jumpa bermacam2 kes pasal suami menggunakan mentera/ Jin/pengawal/penjaga. Antara kes yang ustaz tu sebut ;
  • Ada seorang isteri tu mendapati suami nya masuk ke bilik dan baring disebelahnya berulang kali dalam satu malam tanpa ada sekalipun suaminya keluar bilik, lebih kurang macam suami dia dah baring kat sebelah dia pastu dalam kul 1 @ 2 pagi suami dia masuk pulak bilik dan baring kat sebelah dia lagi. kiranya ada 'benda'/'sesuatu yang datang menghampiri si isteri dalam rupa si suami...setakat baring sebelah tak kacau tahan lagi...
  • macam satu kes lain plak 'benda'/penjaga tu mengambil alih tempat suami dengan menyerupai rupa si suami dan 'meniduri' atau bahasa sanskritnya 'bersenggama' ngan si isteri...tak ke kes naya cam tu
  • dan lebih menyedihkan satu lagi kes lain..si suami tu dah meninggal dan si isteri pulak berkahwin lain, yang jadi masalahnya si isteri ni tadi tak dapat 'bersama' ngan suami baru nya tu..kesian tak pasal2 jadi mangsa
Nasihat ustaz tu, jangan ubati syirik dengan syirik juga....Ustaz tu juga ada bagi ayat2 dari Al-Quran untuk melawan sihir ni..hmm lupa la pulak ayat apa...kena cari dulu..... dan esok plak pasal mentera isteri plak...

Pastinya banyak lagi kes kat luar sana dan yang jadi mangsanya si isteri..Buat isteri2 yang kat luar sana kalau rasa something tak kena dengan diri anda (minta dijauhkan) dan rasa suami ade menunjukkan perbuatan yang mencurigakan (jangan berburuk sangka tak bertempat sudah) elokla mencari jawapan dan berrubat...Ya Allah minta dijauhkan dari perkara2 syirik camni...syukur suami sayang kita seadanya tanpa bantuan benda2 karut camni....Amin...

Kalau betul sayang sangat kat isteri banyak lagi cara yang halal dan selamat tak perlu guna mentera2 ni...isteri ni bukan minta benda lebih pun cukup suami hargai diri sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2 dah cukup....betul tak wahai wanita2 yang bergelar isteri??????

No comments:

Post a Comment