Panduan Menyusu di Tempat Awam


Sesetengah ibu sanggup terperap di rumah kerana rasa tidak selesa ketika menyusukan bayi di tempat awam. Berhenti menyorok, ketahui panduan untuk menyusukan bayi sama ada di pasaraya, restoran atau mana-mana tempat awam...

Praktis di rumah

Tempat terbaik untuk anda praktis adalah di rumah. Mulakan dengan menyusu di hadapan ahli keluarga. Anda juga boleh cuba menyusu di hadapan cermin.

Dapatkan teknik yang anda selesa

Sekali lagi, praktis! Cuba dapatkan posisi yang anda dan bayi selesa.

Buat biasa saja

Jangan nampak terlalu cuak, pandang bayi anda.

Jika ada yang merenung

Kalau ada orang merenung anda, renung dia semula. Jarang orang nak merenung ibu yang menyusu, melainkan perlakuan anda (atau bayi anda) menarik perhatian mereka.

Pilih tempat yang sesuai


Cuba cari tempat yang tidak terlalu ramai orang dan sedikit tersorok. Cari tempat yang menghadap ke tingkap/dinding untuk lebih privasi.

Hadap ke belakang


Hadap ke belakang dahulu untuk latch-on/lekap sebelum menghadap ke depan semula.

Pakai pakaian yang sesuai


Baju yang sesuai dan bra menyusu memudahkan anda untuk menyusukan bayi. Pakai baju yang sedikit besar. Anda juga boleh mengenakan tiub (tube) di badan bagi mengelakkan ternampak perut jika baju terselak. Jika anda ada bajet lebih, beli baju khas untuk menyusu.

Sembunyikan di balik tudung atau selendang


Jika anda tidak bertudung, bawa selendang dan pakai di bahu untuk menutup bayi anda.

Susukan secepat mungkin


Susukan bayi anda sebaik sahaja dia menunjukkan tanda yang dia nak menyusu. Jangan berikan dia puting kosong atau botol untuk mendiamkannya.

Gunakan sling

Sesuaikan kedudukan bayi di dalam sling, dan anda boleh mula menyusu. Orang lain tidak tahupun bayi anda di dalam sling sebenarnya sedang menyusu.

INFO :

* Anda dapat mempromosikan penyusuan susu badan kepada orang lain dengan menyusu di tempat awam.

* Ada sesetengah ibu terutamanya bayi yang lebih besar yang menyusukan bayi mereka di dalam kereta dahulu sebelum keluar ke tempat awam.

* Jika anda terlalu malu, pam dan berikan susu ibu di dalam botol.

No comments:

Post a Comment