Penyusuan dan masalah payudara besar sebelah


Mungkin bagi wanita yang tak pernah menyusukan anaknya sendiri, tak mengalami masalah camni. Bagi yang menyusukan sendiri anak mereka dengan susu badan dan tak pernah mengalami masalah camni memang seorang ibu yang berjaya la.

Kenapa saya katakan mereka ni ibu yang berjaya??? Ni pendapat peribadi saya je...ya la saya akui saya bukanlah seorang ibu yang sempurna dalam bab2 penyusuan susu badan ni. Masa menyusukan Humaira dulu memang saya lebih selesa menyusukan dia dengan payudara sebelah kanan dan merasa agak kekok ketika menyusukan guna payudara sebelah kiri. Ditambah pulak dengan Humaira juga lebih menyukai posisi sewaktu menyusu dari payudara sebelah kanan baik ketika menyusu dalam keadaan saya duduk atau berbaring.

Memang terkesan, payudara jadi besar sebelah, bila dah sedar susah pulak nak betulkan kebiasaan penyusuan tadi..hmmm..kena disiplin betul2 dan selalu kena ingat sebelum tu dah menyusu payudara sebelah mana dan payudara mana plak untuk sesi seterusnya...hihihi...

Sekali terkena untuk kali kedua ni memang lebih beringat la..walaupun Rifqi lebih suka menyusu dari payudara sebelah kanan juga tapi sebagai ibu kena la biasakan dia menyusu dari kedua2 payudara...hmm berhasil....

Kenapa sesetengah Ibu mengalami keadaan camni eik???

Kebanyakan bayi sememangnya menyukai sebelah payu dara sama ada kanan atau kiri. Mungkin ia ada kaitan dengan posisi bayi sewaktu disusukan dan bukan disebabkan mitos yang mana mengatakan payu dara kiri lebih berisi makanan manakala payu dara kanan lebih berisi air atau sebaliknya. Mitos ni menurut kata doktor memang tak ada kebenarannya pun.

Penyebabnya dari kita sendiri, Ya la dah kita lebih menyusukan bayi menggunakan sebelah payudara je, contoh kalau menyusu guna payu dara kiri, for sure payu dara ini akan kekal pejal dan besar. Sebaliknya payu dara kanan yang kurang aktif pula lama kelamaan kurang menghasilkan susu akibat kurang rangsangan hisapan yang lebih bersifat refleks mekanikal. Ini menyebabkan payu dara kanan mengecil kembali.

Jika dibiarkan berterusan, perbezaan ini boleh menjadi lebih ketara walaupun dalam keadaan sudah memakai baju. Kita bolehlah menyamakannya semula secara merangsang payu dara kanan sama ada menggalakkan anak menyusuinya atau merangsangnya menggunakan tangan atau pam.

Perlu diingat, kita kena la mendisplinkan diri dengan memulakan anak menyusu dengan payu dara kanan dulu kemudian tukar ke payudara sebelah kiri pula untuk sesi penyusuan kemudiaannya. Kita juga boleh ubah cara mendakap atau memangku anak kita supaya dia selesa dengan kedua2 belah payudara.

Lama kelamaan, payu dara tadi tidak jauh berbeza saiznya. Menurut kata doktor adalah satu keadaan yang normal jika ada sedikit perbezaan saiz pada payu dara kanan dan kiri yang biasa dialami ramai wanita. Apa yang penting kena beringat sebelum terlambat...


1 comment:

  1. Gud info! mcm2 yang kita dengar ttg masalah bf ni tapi semua ada cara penyelesaian kan..contoh, mitos pasal payudara kendur lah..mcm2..sebenarnye x pon..tapi jika ada yang rasa begitu, saya nak share tips untuk dapatkan keanjalan semula..payudara anjal/tipsekslusif 20 oz sehari/rahsia penawar susu merudum/etc

    ReplyDelete