Pisang penawar pelbagai penyakit

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda. Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!.

Pisang mengandungi :
-tenaga,
-vitamin A,
-serat,
-vitamin C
-Kalsium.
-3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa
- asid, enzim, dan sebatian kimia penting.
-magnesium,
-fosforus,
-iodine,
-kuprum,
-vitamin B1, B2, & B6,
-niasin,
- folat.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga

Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium.

Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian. Antara khasiat dan kegunaan pisang ialah:

Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang mampu membuat perassaan seseorang berasa tenang dan bahagia, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium

Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah,

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi kadar ‘potassium‘ tinggi yang menjadikannya amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam. ‘Potassium‘ juga mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Sembelit
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. ‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.

Seasonal Affective Disorder(SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.

Baik untuk wanita yang hamil
Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

Kurangkan rasa mual
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

Baik untuk bayi
Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Kolestrol
pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit
potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Mengawal berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.


AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya. Selain buah pisang, bahagian lain dari pokok pisang juga banyak kegunaan dan khasiatnya. Contoh seperti kulit pisang, jantung pisang, daun pisang.

Antara kegunaan kulit pisang ialah:

-Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

-Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya. Parut luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira apa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

Antara kegunaan jantung pisang ialah:
- Dicelur untuk dibuat ulam,
-dibuat gulai jantung pisang
-Elok untuk menambahkan susu badan bagi ibu2 yang menyusukan anak

Antara kegunaan daun pisang ialah:
-Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
-Digunakan sebagai pelindung hujan
-Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Antara kegunaan batang pisang ialah:
-Digunakan untuk membuat rakit.
-Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
-umbut dalam batang pisang boleh dimakan dengan dimasak gulai

jadi sama2 la kita memfaatkan kebaikan dan khasiat pisang dengan memakannya!!!!

No comments :

Post a Comment