Terima kasih cikgu....


Apa pengertian sambutan hari guru bagi guru?anak murid?ibu bapa?masyarakat?bekas pelajar? bekas guru?

Apa2 pun pengertian sambutan hari guru bagi anda sebagai individu samaada terkait secara terus atau sebaliknya, yang pasti kita pernah dididik oleh insan2 yang bergelar guru ni. So, sepatutnyalah kita berterima kasih dengan bimbingan cikgu2 kita yang membantu kita sehingga kita jadi seperti sekarang. Tidak kira la apa taraf kita golongan berada, sederhana atau miskin dan tak kira la apa kerjaya kita peguam, cikgu, usahawan ahli sains dllnya pasti kita dididik dan dibimbing oleh seseorang kan???? samaada secara terus atau secara tak langsung!!!!!

Sentuh berkaitan sambutan hari guru ni, rasanya budak2 zaman dulu tak de pening2 kepala atau nak minta duit dengan mak bapak semata2 nak beri hadiah kat cikgu. Dan cikgu zaman tu pun tak pernah terdetik dan tak pernah mengharap pun hadiah dari anak muridnya, kalau ada, ada la kalau tak de pun cukup setakat ucapan selamat hari guru dan yang lagi penting anak murid menghargai dan menghormati mereka sebagai seorang guru...betul kan cikgu2....

Tapi budak2 zaman sekarang memang dah jadi satu perkara biasa memberi hadiah sempena hari guru ni. Macam adik saya ni dia ustazah kat sebuah sekolah rendah di sini, hmmm hari ni lumayan banyak hadiah dia dapat...bermacam2 jenis...

Mana murid2 yang dari keluarga yang agak berada/kaya beri hadiah pun standard la, tapi bagi yang tak mampu dan teringin jugak nak kasi hadiah...hhmmmm..memang kalau tengok hadiah yg diberi rasa nak tergelak tapi bila difikirkan ni la usaha budak2 ni nak tunjukkan yg diaorang prihatin dan sayang kat gurunya..

Antaranya ade yg kasi sabun mandi (3 orang la jugak yg bagi hadiah cam ni) kasi sabun basuh kain (jenama breeeze dlm kotak RM1), kasi kuih sumi jelly, berus basuh kain...mana yg mampu kasi frame gambar, hamper berisi kuih, gelas, dll...

Macam mana la bila Humaira dah sekolah nanti dan minta nak belikan hadiah untuk cikgu dia pulak?????

No comments:

Post a Comment