Berapa Banyak Bayi Makan


Jika ditanya soalan ini, kebanyakan pakar kanak-kanak memberikan jawapan "Beri bayi anda makan sebanyak mana yang dia mahu" atau “Bayi anda tidak akan membiarkan dirinya kelaparan”.

Selagi bayi anda sihat, jangan risau jika dia makan terlalu sedikit atau terlalu banyak kerana bayi akan makan dalam jumlah yang diperlukannya. Jadi, tiada jumlah yang tepat berapa auns atau berapa gram makanan yang harus bayi makan. Selera makan bayi juga seperti orang dewasa, berlainan antara setiap bayi dan juga berubah-ubah mengikut masa.


Berapa banyak makanan pejal yang bayi makan bergantung kepada banyak perkara.
  • Bayi yang makan makanan dilenyek sebagai makanan permulaan biasanya makan dengan kuantiti yang kurang berbanding bayi yang makan makanan puri.
  • Selain itu kuantiti makanan yang bayi ambil bergantung kepada selera mereka sendiri.
  • Bayi yang tidak sihat atau sedang tumbuh gigi mungkin makan kurang daripada hari biasanya makan untuk beberapa hari. Selepas itu seleranya akan kembali seperti biasa.
  • Bayi yang ‘sibuk’ bereksplorasi dengan karpet atau permainan barunya mungkin rasa tidak betah duduk menunggu suapan.
Apa yang perlu anda buat ialah, berikan bayi makanan yang berkhasiat. Anda juga boleh belajar bagaimana mengenal tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda berminat lagi untuk makan atau sebaliknya


Bina tabiat makan yang sihat bermula daripada anak anda masih bayi lagi...
  • Jangan memberi bayi anda makan secara berlebihan.
  • Jangan memaksa bayi anda makan makanan yang tidak disukainya. Hormati kesukaannya dan elakkan menggunakan kuasa anda sebagai ibu bapa untuk memaksanya.
  • Beri anak makanan yang seimbang daripada kelas protin, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan penggunaan gula dan garam sebelum umur setahun, dan selepas umur itu gunakan dengan kadar yang sederhana.
  • Elakkan makanan ringan selama yang boleh.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hadiah. Sebaliknya lebihkan pelukan, ciuman dan perhatian terhadap kebaikan yang anak anda lakukan.
  • Beri anak anda makan di highchair atau di meja makan. Elakkan makan di hadapan televisyen atau sambil berjalan.
  • Contoh melalui teladan. Anda sebagai ibu bapa perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat supaya anak anda mencontohi anda kerana anak kecil mudah mengikut kelakuan orang dewasa.


No comments:

Post a Comment