BF dan berat : mitos vs. Nyata


Dah lama tak coret entry berkaitan BF ni...rasanya ramai teman2 blogger yg menyusukan anak bukan??? dan ramai jugak yg kat luar sana menjadikan internet sebagai tempat rujukan berkaitan BF ni...kali ni saya just nak berkongsi dan bertanya pendapat teman2 berkaitan tajukBF dan berat badan...

Rasanya ramai yg tahu dengan BF badan kita akan cepat turun selepas berpantang kan???? ada juga saya terjumpa kes yg mana ada ibu2 yg Bf ni mengawal permakanan mereka in other words berdiet la...mungkin mereka ni risau dengan makan banyak berat badan akan naik cepat...

Isu ni saya tak berani nak komen lebih, mungkin bagi yg senang sangat nak naik badan tu maybe diaorang rasa tak selamat nak makan banyak takut naik..tapi pada pendapat saya kalau kita nak Bf anak kita dan dalam masa yg sama nak control berat badan kita apa yg penting kita kena la ambil pemakanan yg sihat bukan berdiet..

sebabnya klau kita tak mengambil pemakanan yg sihat macam mana kita nak menghasilkan susu yg mencukupi untuk anak kita..jangan takut untuk makan atau minum dalam kuantiti yg banyak untuk keperluan tubuh badan kita dan penghasilan susu badan yg mencukupi untuk anak kita kerana BF boleh membakar kalori...

menurut kajian dengan fully BF si ibu akan membakar kalori sampai lebih kurang 600 sehari yg mana bersamaan dengankita buat senaman arobik selama 2 jam...mana yg kita pilih bersenam selama 2 jam atau BF???? bukan tu sahaja dengan Bf jugak dapat mengecilkan pinggul dan punggung anda...

namun menurut kajian jugak terdapat 22% ibu2 yg menyusukan anak berhadapan dengan kenaikan berat badan...tapi tk sepatutnya la kita jadikan ni sebagai alasan untuk tak makan...apa yg penting sedikit senaman , jaga pemakanan, makan makanan yg sihat dan jgn stress InsyaAllah sambil kita menyusukan anak kita juga mampu untuk mengekalkan berat badan kita or menurunkan berat badan...

next entry saya akan sentuh pasal cara nak turun berat badan dan cara nak naikkan berat badan semasa BF plak....


o O O Tata Jumpa di entry yg lain....!
o ___ _ _
TS__[O] |___| _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_
{======|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|""""|_|""""|_|""""|
./o--000'"`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"
,.+""-., ,.-""+.,
,.+""-.,_,.-""+.,


1 comment:

  1. ana, ade petua tak nak turunkan perut yg muncit? sbb itu tak berjaya2 lagi kite buat... huhuhuhu

    ReplyDelete