Turun berat vs. Naik berat (Utk ibu yg menyusu)


Sambungan entry sebelum ni..ni tips tuk sesapa yg menyusukan anak tapi masih nak turun kan berat atau nak naikkan berat....klau sesiapa ade tips yg nak ditambah dipersilakan ya.....

Tips turunkn berat badan
Ibu yg menyusu boleh merancang untuk menurunkan berat badan tapi perlu pengawasan yg betul..sebenarnya dengan fully BF tu sendiri boleh menurunkan berat dan mengecilkan saiz pinggul dan punggung kita...
  • Dinasihatkan bagi ibu yg menyusu perlu merancang menurunkan berat hanya selepas 2 bln bersalin..ini kerana dalam tempoh 2 bulan tu badan:
    • Memerlukan masa untuk kembali sihat dan sebarang luka juga sudah sembuh sepenuhnya....
    • Waktu ini juga merupakan masa yg penting untuk penghasilan susu...
    • Makan sedikit dalam tempoh 2 bln pertama ini juga boleh effect kesihatan si ibu dan si anak
    • Adalah penting kita utamakan kenaikan berat badan baby daripada mengejar penurunan berat badan kita sendiri....
  • Selepas 2 bln baru la boleh merancang penurunan berat badan
  • Rancang penurunan berat anda dengan mengutamakan pengambilan makanan yg berkhasiat seperti makan makanan berprotin tinggi, karbohidrat dan banyakkan memakan buah2an dan sayur2an....
  • Minum air dengan banyak sekurang2nya 10-12 gelas air sehari
  • Bilangan kalori yg perlu diambil adalah bergantung kepada keperluan tubuh individu berdasarkan berat dan tinggi..tanya doktor berapa kalori yg diperlukan oleh badan anda
  • Menurut pakar, bilangan berat yg sesuai diturunkan adalah 0.45kg seminggu sahaja..sekiranya anda turun lebih daripada yg disyorkan ianya dikira tidak elok untuk kesihatan anda..melainkan sewaktu mengandung anda memang terlebih naik dari yg sepatutnya... :)
  • Lakukan sedikit senaman seperti membawa baby anda berjalan2 (dukung atau ltk dlm stroller maybe...) selama 30minit - 1 jam , 5 hari seminggu adalah digalakkan...
  • consult doktor anda sekiranya anda inginkan senaman yg berat untuk turun berat (dinasihatkan je la)
  • Elakkan pengambilan minuman bergas, minuman berwarna dan minuman berkaffein..dan kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan anda...
  • Dengan Fully BF boleh menyebabkan kita cepat merasa lapar dan dahaga...jgn abaikan ini walaupun anda sedang berusaha untuk menurunkan berat anda..adalah lebih baik sekiranya anda menurut signal badan anda dengan makan bila terasa lapar dan minum apabila haus.
  • Pilih makanan yg rendah lemak tapi tinggi protin..
  • tetapkan matlamat, berazam dan berusaha la...
  • kadang2 menurunkan berat boleh mempengaruhi penghasilan susu badan..sekiranya anda dapati susu badan anda berkurangan sewaktu proses penurunan berat badan anda semak semula pengambilan makanan / pengambilan kolori anda .
  • Seeloknya dapatkan nasihat doktor atau pakar nutrisi anda dalam menjayakan misi penurunan berat anda tanpa effect penghasilan susu badan untuk anak anda...
  • Last sekali..sikap sabar itu penting..jangan stress kan diri anda untuk menurunkan berat dalam waktu yg singlkat..badan kita mengambil masa 40minggu untuk naik..jangan harapkan penurunan dalam sekelip mata :)

Tips naikkan berat badan
Tips ni pulak bagi ibu2 yang nak naikkan berat badan cam saya ni...rata2 kat tenet semuanya tips nak turun kan berat..susah sgt la nak ade tips tuk naikkan berat, terutama nak naikkan berat badan dalam masa yg sama masih menyusukan anak...ni just general tips jer la yg dapat dikongsi...
  • Perhatikan atau catat apa yg anda makan dan kira kalori yg anda ambil paling kurang utk tempoh 2 minggu untuk mendapatkan berapa kalori yg anda biasa ambil. Dengan berbuat demikian anda akan tahu berapa banyak kalori lagi yg anda perlu ambil/tambah... :)
  • Tambah paling kurang 500 kalori dalam hidangan harian anda. ini kerana ketika BF kita membakar paling kurang 500 kalori sehari..untuk menambahkan berat anda perlu la menggantikan 500 kalori yg dah terbakar dek aktiviti BF tadi dan tambah paling kurang 500 kalori lg tuk capai target naikkan berat...
  • Sentiasa aktif dan buat senaman ringkas untuk kesihatan anda tapi perhatikan aktiviti anda. Anda perlu tahu senaman/aktiviti anda lakukan akan membakar sebanyak mana kalori. sebanyak 0.45kg akan hilang untuk 3500 kalori yg terbakar. Jadi untuk mengelakkan turunnya berat anda, anda perlu kira berapa banyak kalori yg hilang supaya anda dapat menambah balik kalori yg dah hilang tu.
  • Makan banyak makanan yg berprotin dan berkarbohidrat untuk menambahkan pengambilan harian kalori anda. Jangan sesekali abaikan kesihatan anda dengan memakan makanan yg tidak sihat ( seperti junk food, makanan berminyak, mknn segera atau minuman bergas dan manis) hanya kerana nak mengejar kanaikan berat badan anda... :) Cuba banyakkan memakan ayam, ikan, kentang, pasta/mee dan nasi.
  • Sentiasa perhati pengambilan harian kalori anda, dan timbang berat anda sekali seminggu. dengan ini anda akan tahu berapa banyak kalori yg perlu ditambah atau dimaintain untuk mencapai berat impian anda.
  • Sekiranya anda rasa tak mampu makan dengan banyak, cuba minum minuman berprotin.
  • tekad, azam dan berusaha..jgn patah semangat...
  • Untuk hasil yg lebih baik berbincang dengan pakar nutrisi anda....

Untuk mengira berapa berapa kalori yg anda perlukan boleh la check di sini

o O O Tata Jumpa di entry yg lain....!
o ___ _ _
TS__[O] |___| _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_
{======|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|""""|_|""""|_|""""|
./o--000'"`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"
,.+""-., ,.-""+.,
,.+""-.,_,.-""+.,


No comments:

Post a Comment