hmmmmmmmmmmmmmm............


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....................................

Satu keluhan panjang sebgai pembuka entry..tah la, sebenarnya tak tahu nak tulis tajuk apa..ignore jer la tajuk entry ni, mungkin luahan rasa perasaan yg tgh tak menentu ni kot.... :(


macammana nak mula ya..sebenarnya saya cuma nak coret berkaitan pendapat orang yg mengatakan 5 tahun pertama perkahwinan tu adalah musim penentu, jika berjaya melalui tempoh lima tahun yg pertama tu, InsyaAllah peluang untuk bahgia sampai ke tua tu besar...kenapa besar ya la ade jugak walau usia perkahwinan dah menjangkau ke 8 tahun berceraai berai..tu pada saya dah tak de jodoh la...

Tah la pada saya, usia sesuatu perkahwinan tu bergantung pada jodoh jugak plus usaha kita dalam menjaga sesuatu hubungan tu, tapi usaha dari satu pihak sahaja takkan berjaya kalau satu pihak lagi ambil sambil lewa..komunikasi antara pasangan tu memang saya akui akan kepentingan nya...tanpa komunikasi yg bagus boleh  wujud salah faham, pertengkaran malah memendam rasa.

Kira nya tahun depan genap 4 tahun usia perkahwinan kitaorang...angka 4 tu masih dalam lingkungan tahun penentu la...usia yg belum matang..macam budak usia empat tahun setakat mana la pemikirannya tul tak??? masih banyak yg perlu belajar dan diajar...

Betul la kot kata orang kita tak kan kenal pasangan kita selagi kita tak duduk serumah, tidur sebantal, susah senang bersama...dulu memang saya rasa saya dah cukup kenal dengan hubby saya, tapi makin lama kawin terasa makin banyak yg saya tak tahu makin tak kenal plak...huhuhuhu pernah tak korang rasa camtu???? berapa peratus korang kenal suami korang???

hihihihi..rasanya banyak yg perlu saya belajar untuk jadi seorang isteri yg solehah, ya la perangai manusia ni akan berubah mengikut umur dan keadaan, so pada budak2 hingusan diluar sana yg tengah masyuk bercintan tu jgn nak berbangga kata u all dah kenal pasangan korang eik...tunggu dah kahwin dan beranak pinak nanti baru korang tahu dunia tu camna.....

ok la, Safiyya dah kebosanan tgk tv sorang2 tu...cukup la setakat ni entry kosong yg merapu takde isi ni....




No comments:

Post a Comment