Blog:: Bila Keyboard berbicara...



Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Yassin : Ayat 65)


Selamat tgh hari...

Sejak 2 menjak ni terajin plak nak buat entry berkaitan blog, tah la tak de idea kot, tu yg asyik entry berangkai jer...tajuk kali ni macam gempak jer kan konon2 jer...hahahah.."Bila Keyboard Berbicara"..macam la keyboard ni ade suara kan sampai boleh nak berbicara? rasanya kalau keyboard ni bleh bercakap mahu terkejut kita,
contoh :
Keyboard: "Cik Ana..butang aku ni dah sakit dah, boleh tak awk berhenti menaip, saya nk rehat jap"
@
Keyboard: "hoi si pulan, tolong jangan guna saya untuk taip benda2 tak senonoh boleh tak??, tu ayat tu taip ayat elok sikit, jangan asyik nak mengutuk nak mengumpat orang lain jer"
Hmmm..mahu terlompat kita dek kerana terkejut beruk, tul tak??

Okey la, sebenarnya bukan saya nak cerita pasal keyboard pun, ni nak story berkait dengan maksud potongan ayat dari surah Yassin kat atas tu...Kita semua tahu kan yg tangan adalah salah satu anggota badan kita yg akan menjadi saksi akan semua perbuatan kita kat dunia ni, dan maksud tangan kat sini termasuk la jari jemari kita yg digunakan untuk menekan keyboard untuk menaip setiap entry kat blog kita kan...

Jadi secara tak langsung, setiap entry dalam blog kita ni akan menjadi salah satu bahan bukti yang akan dipersoalkan ke atas tangan kita " Apa yang kau taip?" " Apa isi kandungan entry yang kau zahirkan?", dan setiap perkara pasti akan dihitung tiada yang terkecuali...

Sejauh mana kita sedar akan kesan penulisan kita di blog, keatas kehidupan orang lain??..sedarkah kita akan pengaruh yg mungkin wujud hasil dari penulisan kita tu?? Mungkin timbul satu persoalan Bagaimana pula blog yang tak bernyawa dan tak punya suara untuk berkata2 boleh memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita, makhluk yg diciptakan bernyawa dan beraqal ini??

Dengan keyboard ni la jari jemari kita menaip setiap huruf untuk dijadikan perkataan dan seterusnya bait2 perkataan yg bersambung itu membentuk satu ayat yang boleh difahami oleh orang yang membacanya. Akhirnya terbentuk la satu entry yang tanpa kita sedar, kita seolah2 menghadirkan jiwa kepadanya...Dengan jiwa itu lah kekadang ade sesetengah entry begitu meresap ke minda kita, menyentuh sanubari kita..sehingga kita boleh merasa terharu, ketawa, marah, gembira, insaf dan sebagainya hanya dengan membaca satu2 entry itu..betulkan??

Hakikatnya, blog tak kan lengkap tanpa pembaca. Tanpa sedar tergalas dibahu kita, satu tanggungjawab... bak kata orang "Mata Pena lebih tajam dari Pedang" dan “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191)...

Ingatlah tiada guna jika kita berblog hanya untuk berumpat keji, bergosip dan menabur fitnah, juga tiada guna kita berblog jika hanya ingin diangkat dan dipuji kerna semua perbuatan ini hanya mengundang dosa dan menempah seksaan di akhirat kelak...Tanyalah pada diri sendiri kemana arah tujuan kita; ingin menikmati keindahan syurga atau merasa peritnya seksaan di Neraka...sedarlah wahai semua bloggers2 musliim sekalian...Entry kita tanggungjawab kita...kemana entry kita akan bawa kita dan oarang2 yang membacanya??Mahukah kita menempah tiket ke neraka hanya kerana jari jemari yang menekan butang keyboard menaip entry yang mengundang dosa...kalau keyboard bisa berkata pasti dia mengatakan tidak...





1 comment:

  1. salam anamarza
    terima aksih ya atas ingatan ini.
    saya dapat masuk ke sini lagi setelah saya jejaki kembali blog yang pernah saya singgah semasa awal2 punyai blog pada awal 09 dulu

    ReplyDelete