Blog:: Kebaikan vs. Keburukan


Selamat petang...

Kali ni saya nak ajak korang2 semua berfikir berkaitan kebaikan dan keburukan dari berblog ni...pasti korang sendiri ade pengalaman sendiri berkaitan berblog ni kan?? pasti jugak ade yg dah berpengalaman akan kesan berblog ni tak kira la kesan baik or kesan buruk dari berblog ni kan???


Mula kita tgk apa kebaikan Berblog ni:
  • Boleh dapat pahala.
    Sekiranya kita buat entry berkongsi pasal tips atau sedikit ilmu berkaitan apa sahaja (yg elok la) macam resepi masakan ker, tutorial berkaitan edit blog ker, info pasal mengandung atau menyusukan anak ker atau apa2 jer la dan ade orang yg dapat manfaat dari entry kita tu, dah sah2 la kita akan dapat pahala kan??
  • Menjalin Persahabatan & mengeratkan silaturrahim
    Walau tak pernah jumpa, tapi hubungan yg terjalin tu boleh jadi akrab macam dah lama kenal...apatah lagi dengan kawan2 yg dah lama tak jumpa..dapat jumpa dalam alam maya ni pun dah seronok
  • Boleh promosi barang atau perkhidmatan secara percuma
    Senang2 jer kita boleh buka online shop kan..boleh jual macam2 barang dan tawar macam2 perkhidmatan..paling kurang pun kalau tak nak buka satu blog khusus tuk online shop pun kita still boleh promote dalam blog peribadi kita kan..bukan ade orang nak larang pun, asal kan kita tak promote benda yg haram dan melanggar undang2 udah ler
  • Mengasah kemahiran menulis
    Sekarang ni semua orang boleh jadi penulis dan tulisan kita tu boleh dibaca oleh sesiapa jer, Bagi yang memang betul2 minat menulis tu, blog ni boleh jadi platform untuk dia berlatih atau mengasah kemahirannya tu, tapi kebanyakannya hanya sekadar suka2 jer kan sbb tu la ayat pun tunggang langgang...cam saya ni la
  • Mengisi masa lapang
    Dengan berblog ni pun boleh mengisi masa lapang juga, tapi hanya untuk yg ade access internet la, klau sebelum ni rutin surirumah hanya la buat kemas rumah, memasak, jaga anak, tgk tv..tapi sekarang ni tambah aktiviti dgn berblog..cuma nak kena pandai la jgn sampai kemaruk berblog udah la kan..
  • Peluang untuk mendapat pendapatan sampingan
    Bagi yang ade kemahiran buat kek ker cupcakes ker, pandai menjahit atau buat kerja tangan tu..boleh la tambah pendapatan dgn promote kat blog..tak pun paling kurang letak iklan nuffnang ker google ads ker mana tahu untung sabut timbul..free2 bleh dapat duit
  • Satu cara menghiburkan hati
    Dengan berblog walking kita dapat hiburkan hati dengan membaca entry bloggers lain, berinteract sesama bloggers ker
  • Menambah Pengetahuan
    Banyak benda yg saya belajar dari berblog ni, contohnya klau sebelum ni saya buta bab2 HTML, tapi sekarang ni boleh kata rabun HTML, nk kata celik tu banyak lagi nak kena belajarnya..dengan berblog juga saya dapat belajar resepi2 baru..korang plak apa yang korang dapat dari berblog ni??/
  • Berkongsi pengalaman dan bertukar2 pendapat
    Cara ni pun kita dpt belajar banyak perkara, tak semua orang sama dan pendapat pun berbeza2..dari pengalaman orang lain jugak kita dapat belajar..orang kata jauh berjalan luas pemandangan..ngan blog ni juga klau kita rajin berblogwalking, banyak benda yg kita akan jumpa...
  • Pendorong untuk berubah
    Blog boleh jadi pendorong untuk berubah? betul ker? Betul la kan, sometimes bila kita tgk ade yang berjaya buat business online ngan blog kita pun terdorong untuk berbussiness juga...

    Keburukan berblog plak:
    1. Boleh mengundang dosa
      hmmm..ni kekadang kita tak sedar sesuatu entry kita tu bleh menyebabkan kita berdosa, contohnya klau kita memburukkan maruah seseorang ker, menceritakan keburukan suami tanpa sedar ker, mengumpat ker
    2. Boleh didakwa malah dipenjara
      Kalau kita buat entry macam kes menghina sultan dan kerabatnya yg terjadi sikit masa dulu, menyebarkan fitnah memburukkan mana2 individu terutama individu yg berpengaruh dan berpangkat dalam kerajaan ker...mengajak orang lain mengadakan rusuhan ker...
    3. Melalaikan
      kekadang dengan berblog ni kita tak sedar waktu, asyik berblogwalking atau buat entry sampai terlupa nk solat..ade ker? contohnya la,
    4. Mengakibatkan pergaduhan
      Ni kalau kita suka jaga tepi kain orang dan melagakan orang lain la, tapi rasanya tak sampai ke tahap bergaduh beria kan, tak dengar plak ade bloggers yg bergaduhkn? mungkin bertikam lidah tak sependapat tu banyak la kan?
    5. Tersebarnya fitnah dan penipuan
      Fitnah ni boleh tersebar cepat jer, contoh paling mudah si A buat entry pasal artis top kena tangkap khalwat tanpa check kesahihan cerita tu dia trus publish kat blog dia, datang orang lain copy jer entry dia tu dan publish kat blog dia plak..10 orang buat entry pasal cerita yg sama dah berapa byk cerita tak betul tu tersebar...kalau cerita tu tak betul dah berapa byk dosa yg orang first buat entry tu berdosa...tu contoh jer kan

    Okeh tu pandangan peribadi jer...apa2 pun happy blogging!!!


    No comments:

    Post a Comment