Laporan Trafik..Jem ker lengang???


Selamat petang...

Ni bukan laporan lalulintas jalan okeh...kali ni cuma nak bercerita tentang trafik blog jer...apa rasanya eik bila trafik ke blog kita mencecah ribu2 sehari or paling kurang pun ratus2 la sehari..mesti terasa glamer kan? hmmm macam blog saya ni dah sah2 la tak jem, lengang sesangat..kalah ngan jalan ke kebun getah depan rumah mak kat kampung jer...klau kat umah mak, tak kira pagi ker tgh hari ker petang ker ade jer motosikal or kereta yg lalu nak ke kebun getah, rajin sungguh la diaorang tu ke kebun getah terutama klau musim harga getah tinggi lagi la sibuk jalan tu...blog saya ni..hampeh la nak sesibuk tu...

Hmmm..sebenarnya dah tahu sebab kenapa blog ni tak jem, sbb tn empunya blog ni jarang dapat berblogwalking dan tinggalkan jejak..nak buat camna broadband ni tak sebulu ngan laptop..atau laptop ni tak nak terima USB broadband ni eik..apa2 la labu...bukan tak nk, sebenarnya teringin gak nk beramah mesra dgn tinggal jejak di blog kengkawan tapi tu la loading tak habis2 naik letih tu yg tak terjejak tu...lagipun saya ni belum lg tergolong dalam blogger tegar yg ade post hampir tiap hari....


Klau korang bleh nampak chart kat bawah ni, korang perasan la flow trafik ke blog ni, memang turun naik turun naik tak ter cecah pun 60 unik pelawat sehari...

jangan gelak plak, tahu la ciput jer bilangan pengunjung ku itu

Jadi kan rasanya saya nak cuba la naikkan trafik ke blog ni, jom kita tgk cara2 yg boleh dipraktikkan untuk menaikkan jumlah bilangan trafik ke blog kita..klau berjaya nanti saya update okeh...
  1. Rajinkan diri menulis post paling kurang satu post sehari..tapi jgn plak post yg merapu sangat, tak best gak la kan dek kerana nak ade post setiap hari kita buat post yg merapu . harap post saya tak merapu la kan, Nak lagi bagus tulis perkara yang ade point dan bermanfaat tuk dibaca...
  2. submit URL blog korang kat google atau yahoo dan kalau rajin boleh ping URL blog korang paling kurang sekali sehari atau setiap kali ade entry terbaru ..kita boleh cuba ping kat ping my blog ker atau apa2 jer la cuma search jer kat google
  3. Blogwalking..blogwalking..dan blogwalkiing...memang tak dinafikan kepentingan blogwalking ni, klau blog yg kita terjah tu ade pasang nuffnang ker google analytics ker, pasti diaorang akan perasann akan kehadiran kita, saya pun ade masa buka juga nuffnang or google analytics ni nak tgk trafik..then berkunjung balas jer la
  4. Tinggalkan jejak kat shoutbox atau kotak komen..huhuhuhu ni yg jarang sy buat ni, nak kena mula semula dari awal jer la..cam mula2 berblog dulu...
  5. Rajin2 kan diri untuk exchange link, jgn harap orang link kita jer tapi kita pun kena la balas blik mana2 pelawat yg dah add link kita kan??tapi kekadang yg ni terlepas pandang, asyik check yg ade kat bloglist jer sampai lupa nk check yg jd follower...haru sungguh
  6. Jadikan blog anda mesra pelawat, kekadang bagi yg line tenet slow tu macam saya ni memang bermasalah nak jejak kat satu2 blog tu, kena ade kesabaran yg tinggi la terutama klau blog tu berat ngan benda2 yg boleh memberatkan blog cam widget ker js. file ker, blog sendiri camna sennag ker nak loading(soalan tuk diri sendiri ni)..satu lagi pemilihan warna juga penting, klau boleh (nih pendapat peribadi jer tau) warna fonts dan warna latar post tu biar la senang mata nak tgk,
  7. Aktifkan RSS blog : hmmm ni perkara yg tak terbuat lagi ni. feedburner tu dah ade cuma tak digunakan jer..huhhuhu..nak buat subcriber tu kena kaji dulu la cam ade ker yg nak subcribe? bagus ker coretan saya ni? nanti la kot.nanti lagi ish ish ish
  8. Letak link blog kat facebook, friendster, forum or kat mana2 jer..pun belum terbuat lagi, camna la nak increase traffic klau banyaaaak benda tak buat ni kan? benda yg senang camni pun tak terbuat, apa ke hal la tn. empunya blog coretanku ni kan..aduyai...
  9. Pasang semua plugging2 wajib cam google analytics ker, nuffnang pun boleh gak, tak kisah la plugging apa janji yg ade report pasal trafik yg masuk ke blog kita datang dari mana, kita pun boleh tahu keywords apa yg dia orang cari sampai boleh terdampar kat blog kita, klau dah ade tu guna sebaik mungkin jgn jadi cam saya ni ade masa jer check semua benda tu,
  10. Gunakan search assistant pada search engine, maksudnya kita guna keywords yang dikeluarkan oleh search assistant sebab apa yg terpapar kat search assistant tu pastinya perkataan yg hangat dan paling dicari oleh orang yg surf tenet ni, tak faham apa tu search assistant.. tgk gambar kat bawah ni
  11. Setiap kali kita enter satu2 perkataan search assistant akan keluarkan perkataa..nk clear klik pada gambar..
  12. Join sebarang jenis giveway atau contest, yg ni tahun lepas saya selalu buat dan memang trafik blog masa tu bleh cecah 100 unik pelawat sehari, tapi bila dah tak bergiveaway atau bercontest ni tu yg tak naik2 jumlah unik pelawat tu, apa kaitan join contest ngan trafik naik? sebabnya kita akan update blog ngan entry contest dan setiap kali kita submit link entry kita kat penganjur contest, akan ade peserta atau bakal peserta yg akan lihat entry kita untuk lihat macam mana entry yg kita buat,
  13. Anjurkan sebarang jenis contest atau giveaway, pasti trafik blog kita akan naik mendadak, tak caya tanya la penganjur2 contest, tapi saya belum sampai seru lagi nak buat yg ni, ekonomi tak berapa stabil lagi tunggu la skit masa nanti, perancangan tu ade tapi tak tahu bila akan terlaksana
  14. Buat tajuk entry yg gempak, pasti akan menarik minat orang nak tahu apa kandungan entry korang tu, bab ni saya fail skit..tak reti nak buat tajuk yg menarik, selalu tajuk biasa2 jer.. 
  15. Pastikan post kita ade informasi, sebab klau pelawat yg terdampar kat blog kita dari mana2 search engine kebanyakan dari diaorang ni mencari maklumat atau info tentang satu2 perkara kan, macam blog saya ni paling ramai yg sampai kat sini sebab diaorang search perkataan berkaitan minyak kelapa dara, bayi songang, berkaitan penyusuan susu badan...
  16. Interaksi dengan pengunjung blog juga penting, sebolehnya cuba balas setiap komen yg ade di komen box kita, dan juga di shoutbox kita...hidupkan konsep u follow i follow melalui setiap komen yg diterima....kita balas dengan menjawab komen tersebut sekali dengan  membuat kunjungan balas...
Ade sesiapa yg tahu cara lain nk naikkan trafik ke blog? sudi2 la kongsi dengan saya eik... harapnya mampu la saya nak mengikut tips2 diatas ni, dan berjaya la hendaknya dengan percubaan ini, terima kasih pada justkhai dan nuaeman atas tips2 diatas...
    Walau apa pun trafik blog kita, semoga kita semua happy2 sewaktu berblog..okeh!!!1



    No comments:

    Post a Comment