Mencipta keseronokan sebagai Suri...


Selamat Pagi...

Hari ni nk coret2 berkaitan, "mencipta keseronokan sebagai Suri..Apa yg saya maksudkan dengan suri? Okey la suri kat sini singkatan dari perkataan Surirumah tangga sebenarnya..Ya la saya kan Suri sepenuh masa..so sajer jer la nak kongsi tips kat bawah ni, mana tahu dapat membantu..bagi ibu2 yg jadi surirumah sepenuh masa ni kan, pernah tak korang rasa cam bosan ker letih ker?

 Korang rasakan senang tak jadi Suri ni? Ade yg kata jadi Suri ni bukan kerja yg senang, perlu ade kepandaian, kemahiran dan kebolehan untuk buat pelbagai kerja. Tak kira la kita ni suri sepenuh masa atau separuh masa sekalipun kebolehan mengurus masa dan stress tu perlu ade..hmm stress ker jadi Suri ni eik?


Okey la, jom kita tgk apa yang kita boleh buat tuk cipta keseronokan duduk di rumah ni:
  • List, buat dan ikut  jadual aktiviti rutin harian. cam biasa la bila masa nak buat sarapan, kemas rumah, basuh kain, basuh bilik air, layan anak2 bermain atau belajar, ambil anak dari sekolah, sedia makan tgh hari, petang dan malam dll yg korang rasa tu aktiviti rutin korang.tapi biasanya semua aktiviti rutin tu kita set kat dalam kepala kita jer..kelebihan buat jadual ni, kita akan nampak apa yang kita buat sepanjang hari, dan boleh la berbangga sendiri (+_+)
  • Jalinkan ukhuwah dengan Suri2 yang sama duduk sepenuh masa dirumah macam kita ni, tak kisah la jiran sebelah atau selang sebelah rumah dgn kita ker, kawan yang agak jauh ker (boleh calling2 kan) tak pun geng2 bloggers..kita boleh la berchating tentang apa yg kita buat, cerita pasal perkembangan anak ker, pasal masakan ker pasal hobi ker, tak kira la..sebabnya Suri yg sama2 duk dirumah akan faham keadaan kita yang duduk diam di rumah juga...
  • Berhenti dari melakukan semua kerja dalam satu masa, ya la bila kita list down kerje2 yang nak dibuat, takut nanti kita akan rasa down, "owh banyak nya benda nak buat, sempat ker".. kita ni bukan "SuperWomen" yang boleh buat semua kerja dalam satu masa kan, pandai2 la bahagi masa dan kerja, dalam satu hari kita ade byk masa tak boleh buat pagi buat petang tak pun buat malam, buat mana yang penting dan perlu dulu, jgn kerana nak settle semua kerja umah sampai mandikan ank pun kita terlupa..contoh jer la
  • Cari masa untuk berehat, jgn asyik buat kerje lepas habis satu sambung lagi satu kerja, bunyi macam banyak sangat kerja nak buat kan, tak salah bermalasan sekejap, asal rumah tak macam tongkang pecah sudah la, cari masa untuk diri sendiri macam berblog ni kerkan, at least boleh hilang strees..cam say ni sambil2 tidurkan anak boleh berblogwalking...anak dah tido, dpt blogwalking jap then sambung balik buat kerja...ish sampah tak p buang lagi tu
  • Ceriakan diri dan berseronok...kalau anak kecil yg lasak memang boleh tunggang langgang umah dek mainan diaorang, jgn stress kalau baru jer tak sampai seminit kita kemas anak2 dah buat projek menyelerakkan mainan diaorang semula...caranya biarkan saje aktiviti anak tu dah nama budak, bila dah diaorang bosan main ajak anak2 sama2 kemas, tapi ajak dengan cara yang dapat pikat minat diaorang la, mungkin bermain sambil meletakkan mainan kedalam bekas simpanan mainan semula ker...lama2 nanti anak akan berdisiplin dan pandai simpan mainan sendirikan, time tu boleh la kita rehatkan,,,
  • Sentiasa ingatkan diri akan tujuan asal kita memilih untuk jadi seorang Suri..bukankah melihat perkembangan anak membeesar di depan mata itu satu keseronokan?? dapat menyediakan makanan untuk suami tercinta dan anak2 tersayang itu juga satu keseronokan
  • Mencari hobi dan cari masa untuk hobi tersebut, dengan mempunyai hobi macam memasak ker menjahit ker, kita akan rasa berada dalam dunia kita sendiri...tak caya cuba la...
  • Berdandan atau bersolek la..siapa kata jadi Suri ni kita tak boleh bergaya..kenapa perlu bersolek? siapa yang nak tgk? Duduk dirumah lagi la perlu bersolek dan berdandan sebab seoarang isteri tu perlu pasang niat bersolek dan nak nampak cantik hanya umtuk tatapan suami, bangun pagi2 tu siap solat klau boleh trus bersolek dan pakai cantik2, biar suami sebelum pergi kerje tgk kita dalam keadaan cantik, dan sebelum suami balik pun bersiap tuk tatapan suami bila dia dah pulang dari kerja, dengan berpakaian cantik2 kita akan rasa segar, kalau duk dirumah kita asyik dgn kain batik, t-shirt sajer mesti kita rasa kureng kan? tak caya cuba la...
Itu jer kot, ade sesiapa yg nak tambah?? Yang penting kita cuba elakkan diri dari terfikir atau terlintas kat fikiran kita yang duduk dirumah tu membosankan ker, lagi seronok kalau dapat bekerja dan bersosial di luar ker, sebab sekali kita terfikir benda2 camtu pasti akan ade suara yg membisikkan "jadi suri ni membosankan" ...

Akhir Coretan... selamat mencipta keseronok buat semua suri2 bloggers ya...happy blogging!!!




No comments:

Post a Comment