Prihatin ke kita dengan "Etika Berblog"


Salam pagi sabtu semua...

Walau saya cuma diam dirumah sahaja itu tak bermakna diam saya tu diam besi, ya la diam besi kan berkarat, dari jadi karat biar la saya cuba contohi ubi, diam ubi duk kat dalam tanah berisi cuma tak pasti berisi gemuk/sihat atau akar jer yang menjalar tapi isinya kecil...harapnya "ubi" ku ini berisi yang terbaik la ya...

Ok la, berbalik pada tajuk entry ni, agaknya berapa peratuskah bloggers kat malaysia ni yg prihatin ngan isu "Etika Berblog" ni ya...paling kurang pun kita tanya soalan kat diri kita sendiri...tahu ker kita apa dia yang dimaksudkan dengan Etika ketika berblog ni????



Agak2 korang la kan kenapa la penting sangat sampai nak berblog pun perlu ade etika bagai ni???

Jawapan umum tuk soalan diatas ni bagi saya la, sebagai manusia yg dah dilabel sebagai bertamadun seharusnyalah kita menunjukkan ketamadunan kita tul tak...lagipun bila dah berblog ni bukan sorang dua, bukan juga jiran kita or kengkawan kita jer (bg public blog) or bukan juga cuma rakyat malaysia jer yg boleh sampai ke blog kita kan tapi berjuta2 orang yang ade access internet boleh baca apa yang kita tulis, so selagi boleh dan selagi termampu cuba la kita beretika...

Secara asasnya antara perkara yang boleh dijadikan panduan semasa berblog ialah:
  •  Sekiranya kita ade copy direct artikel atau gambar atau idea dari satu2 laman tu perlula kita inform kat tn. empunya, paling kurang pun kita letak la kredit dgn ltk link kat mana sumber artikel atau gambar yg kita dah ambil tu..so tak la timbul isu plagiat.
  • Sensitif terhadap isu2 yg boleh diketegori dalam isu sensitif seperti isu perkauman, agama, budaya dan juga perkara2 yg berkaitan dengan maruah seseorang individu..jangan sampai kita jadi angin yg memarakkan api yang baru nak menyala..atau jadi mancis yg jadi punca kepada satu kebakaran yang maha dasyat, sekiranya kita ingin memberi pandangan berkaitan satu2 isu perlu la pandangan yg tak berat sebelah..
  • Seandainya kita menulis entry berkaitan satu2 fakta pastikan maklumat yang kita dapat tu dari sumber yang betul2 boleh dipercayaai dan mempunyai bukti2 yang kukuh..jangan sesekali mem"fakta" kan maklumat yang belum pasti kesahihannya...
  • Jangan jadikan blog sebagai tempat untuk menjatuhkan maruah seseorang individu atau menjadikan blog sabagai platform untuk membuat serangan peribadi..Sekiranya ade ketidak puasan hati perlu la menggunakan bahasa yang berlapik dan tangani sesuatu masalah tu dengan berhemah bukan mengikut emosi.
  • Pemilihan perkataan juga perlu la dijaga..bukan la maksud saya kita kena menggunakan bahasa standart atau bahasa skema, guna bahasa yang mudah difahami oleh orang lain untuk mengelakkan sebarang salah faham, tak perlu juga bahasa yang berbunga2 atau terlebih berkias sampai orang sukar nak faham hingga tersalah tafsir plak..bahasa blog ni korang senang nak faham tak?
  • Sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima kritikan dari pembaca blog anda, tak semua orang bersetuju dengan pendapat kita dan mereka ade hak untuk mengatakan pandangan mereka sendiri, sama jugak dengan kita sekiranya kita blogwalking ke blog orang lain dan kita tak berapa setuju dengan pandangan tn empunya blog, jangan sesekali hentam pendapat mereka secara membabi buta, disini la uniknya blog kita dapat bertukar2 pendapat dan belajar dari pandangan dan pengalaman orang lain...
  • Sentiasa bersedia untuk memohon maaf sekiranya kita ade tersilap dalam penulisan entry kita..adat la kita kan manusia, pasti ade kesilapan dimana2 yg kita tak sedar..mengucapkan maaf adalah lebih baik dari cuba menegakkan benang yg basah..

 Apa lagi eik...ini masa berfikir...fikir..fikir..fikir..cam My friends tiger and pooh plak, menyanyi untuk berfikir cara nak selesaikan masalah...hihihihi, kat bawah ni kod etika Berblog yg diumumkan oleh PM kita, korang baca la eik...
• Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
• Elakkan melakukan plagiat
• Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai
• Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat
• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
• Mengakui akan kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera
• Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai
• Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog
• Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Sumber etika berblog dari sini, sini, sini


2 comments:

  1. aNA,
    Tu pasal lah kakyong maleh nak buat n3 citer org.. baik lah citer pasal anak2 & makan2... huhuhhhh, kurang2 tak kaco jiwa org... ngeeehhh...

    ReplyDelete
  2. btol tu.. ada gak blogger yg lps geram ngn boss, suami n kengkawan kt blog dgn kata2 yg sdkt kesat.. klu boleh elakkan la...

    ReplyDelete