Bahulu Batik mekar kukus yg terover mekar....


Salam...

Another entry pasal makanan...hahaha tgh rajin nak memcuba pelbagai resipi, actually kemaruk nak mencuba pelbagai resipi ni sebab nak perkenalkan Rifqi dengan pelbagai jenis makanan, harapnya dalam banyak2 resipi yg saya cuba ade la salah satu jadi kesukaan Rifqi...tak pun paling kurang rajin la dia mengunyah or dipaksa mengunyah, harapnya dengan cara ni boleh membangkitkan selera dak kecik ni untuk makan, actually tgh risau gak sbb berat dia dah hampir jatuh ke garisan kuning, tapi nak kata risau sgt tak jugak, sbb bulan lepas dia nak tumbuh semua gigi geraham dia sampai 4 batang sekaligus tu sebab dia tak berselera nak makan..sekarang ni baru la nampak dia berselera skit dengan makanan ni, harap bulan ni naik banyak la berat dia...tak perlu la berulang tiap2 bulan ke klinik...

Ok la berbalik pada tajuk entry ni tadi , ni la dia Bahulu Batik mekar kukus yg terlebih nganga tu...dah jadi buruk plak rupanya..guna plak cup yg paling kecik, tak terjumpa lagi cup yg diingini..tak tercapai lagi la hasrat nak buat muffin dan cupcakes ni..sabar je la...so layan gambar jer eik...





Tuk resipi ni saya ade adjust skit bahan dia dek kerana tak de stok kat umah ni, bukan ubah apa pun cuma ganti susu cair dengan susu segar jer, then tukar choc pes dengan pewarna hijau dan esen vanilla ganti dengan esen pandan...tuk resipi asal bleh tgk kat sini (resipi Bahulu Batik Mekar Kukus dari Kak Fida Myresipi)

Jom tgk cara nak membuatnya...
Bahan-bahan :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk double action baking powder
  • 1 sk ovalette
  • 120 g gula halus(boleh adjust sendiri. DJ guna gula pasir yg dikisar halus)
  • 1 sb pes coklat (DJ guna coklat masak)
  • 1 biji telur
  • 70 ml air suam
  • 70 ml susu segar/susu cair (DJ guna bancuhan susu tepung)
  • sedikit esen vanilla

Cara-cara :
  1. Didihkan kukusan. Sediakan cawan kertas dan alas dgn mangkuk aluminium.
  2. Di dalam mangkuk adunan, satukan kesemua bahan di atas kecuali pes coklat dan pukul hingga kembang dan gebu (jika adunan tidak kembang dan gebu, bahulu takkan menjadi)
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan adunan dgn pes coklat dan adunan satu lagi dibiarkan kosong.
  4. Tuangkan kedua2 adunan ke dlm cawan kertas secara berselang-seli.
  5. Kukus dgn api kuat selama 15-20 minit mengikut saiz cup yg digunakan.
Happy blogging!!!!

No comments:

Post a Comment