Bersarapan dengan Lapis roti berdaging...


Selamat pagi...

Pagi ni sarapan dengan Lapis roti berdaging ni, dah lama teringin nak buat, tapi asyik tertangguh ajer, rasanya first jumpa resipi ni awal tahun lepas lagi kut, huh dah setahun baru la dapat try buatnya...so tak nak panjangkan cerita, layan jer gambar kat bawah ni...



Buat separuh adunan tu yg nampak tak berapa nak berlapis tu....


Guna bekas ni jer yg ade kat umah ni...tak kisah la janji masak....

Jom layan resipi ni

Lapis roti berdaging oleh umi-e Myresipi

Bahan:- (6 - 8 orang)
3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese
marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
  3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
  7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
  8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
  9. Bakar dengan api sederhana selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.
Buat pn. empunya resipi minta halal CnP kat sini ya...



No comments:

Post a Comment