Bersarapan dengan Mini sosej..


Selamat pagi,

Ni meroti kali ke-3, buat mini sosej..tu pun buat 4 ketul jer, cukup la sebagai permulaan..klau tgk gambar kat bawah ni macam gebus semacam jerkan roti sosej ni..hahaha tu pasal penyakit M datang menyerang la tu, rebus sosej 2 batang jer, then potong dua, dapat la 4 potongan, dah tu buat adunan separuh dari adunan asal, sah2 la adunan banyak dari sosejkan, kedekut pun ya kan macam ni..tak pasal2 hubby tegur roti terlebih dah tak macam roti sosej...nasib la ko roti..yg penting tetap habis....

so layan jer la gambar roti mini sosej yg terlebih gebus yg tak gebus ni





Ok la resipi asal dari Yani Myresipi tapi ni saya CnP dari dapur Hana..minta halal publish kat sini plak ya...

Bahan-bahan
  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
  • 8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
  • susu segar utk sapu di roti
Cara-cara
  1. Uli semua bahan..
  2. Bila dah siap...rehatkan doh sampai naik 2 kali ganda...pastu tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.



No comments:

Post a Comment