Fakta atau auta..perihal lelaki melayu


Salam semua...

Kali ni sesaje jer nak sentuh perihal lelaki plak, cuma meluahkan apa yg berlegar kat kepala otak sahaja, dan bagi yang ingin memberikan pendapat korang amat la di alu2 kan, tu pun klau ade la, rasanya korang pun pasti pernah terbacakan kat akhbar2 tentang isu perbandingin antara lelaki melayu dengan lelaki asing, mana yg lagi romantik..so cuba kita selidik betul ker lelaki melayu kita ni kurang jika dibandingkan dengan lelaki asing...

Okey la kembali pada topik kali ni; Fakta atau auta..perihal lelaki melayu, korang rasa kenyataan kat bawah ni fakta, auta atau separuh2, tak pun tiada kaitan langsung dan bergantung pada situasi tertentu...

  1. Lelaki melayu dikatakan tidak Romaktik
    Sebenarnya apa yg dimaksudkan dgn romantik..rasanya romantik tu bersifat subjektif, mungkinkah romantik itu berkait dengan sifat penyayang, mengambil berat, prihatin, tak pun ada elemen membelai jiwa seperti mengungkap kata2 pujian, nyanyian, kejutan hadiah, pemberian coklat atau bunga, belaian..atau gabungan sifat2 diatas...Hmmm romantik ker lelaki melayu kita ni ya jika elemen diatas diambil kira...
  2. Lelaki Melayu juga dikatakan tak suka perkara2 remeh...
    Betul ker mereka ni tak suka mengingat tarikh2 penting seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, mengungkapkan kata2 cinta juga dianggap remeh bagi sesetengah lelaki...dan membanding harga barangan antara kedai juga dianggap remeh, bagi mereka jumpa terus beli tanpa persoalkan ade kedai yg mungkin menawarkan harga yang lebih murah
  3. Mereka juga dikatakan tidak prihatin
    Lelaki melayu kita ni dikatakan kurang prihatin akan perubahan isterinya, tak memahami bahasa, kiasan, body language,isyarat dari isteri..lambat menangkap apa yg isteri cuba sampaikan..lagi kita berkias lg dia tak faham atau buat2 tak faham..betul ker???
  4. Lelaki juga secara umumnya ego
    Keegoan seoarang suami tu hingga ketahap sanggup menggantung isteri tanpa bertali, menidakkan hak seoarang isteri..tu bagi yg tahap kronik la..kalau yg biasa2 tu lelaki ni ego tak mahu mengaku kesalahan sendiri,ego tak mahu menerima bantuan isteri sendiri rasa diri mampu mengatasi apa jua masalah
  5. Lelaki Melayu juga tak suka mengungkap kata2 cinta atau sayang
    Bagi mereka apa yg dah mereka sediakan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, percutian tu dah cukup membuktikan mereka cinta dan sayang isteri mereka, tak perlu lagi ucapan cinta seperti yg biasa dibuat sewaktu bercinta dahulu...bagi mereka "sendiri mahu faham la"..bukan perlu berbahasa berbunga2 atau ayat berjela2 tapi bagi meraka betapa susah dan beratnya mulut mereka untuk mengucapkan 2 patah perkataan ni"sayang awak" atau "luv u"..kekadang isteri akan terasa amat dihargai walau hanya mendengar 2 patah perkataan tu saje, tak perlu emas atau intan permata dah..fikir2kan....
  6. Lelaki melayu juga kurang membantu isteri membuat kerje2 rumah
    Bagi mereka tugas di rumah adalah tugas seorang isteri, jatuh saham jika ade orang luar yg melihat mereka menjemur pakaian dia ampaian, atau memasak didapur..betul ker???
  7. Kurang sikap bertolak ansur
    hmmm...betul ke kurang bersikap tolak ansur, mana2 lelaki tolong jawab...
  8. Susah mahu mengaku kesalahan dan memohon maaf
    No komen la..ni pun melibatkan keegoan seorang lelaki juga, mungkin bagi mereka akan jatuh maruah seoarang lelaki jika dia mengaku kesalahan atau memohon maaf..ikutkan perempuan juga ade yg bersikap sebeginikan..
  9. Lelaki Melayu juga dikatakan kurang pandai bergaya
    betul ker leleki melayu ni selekeh??? cukup sekadar t-shirt dan jeans sahaja..dan kalau yg pandai bergaya tu hanya golongan didalam kategori lelaki maskulin sahaja..ya ker???
  10. mereka juga kurang menitik berat akan kebersihan dan kekemasan
    Kain pelikat bersepah dilantai, jeans sampai sebulan tak basuh, t-shirt klau dah terdesak sangat just sembur dengan minyak wangi jer nak bagi hilang bau masam, ya la baju lain tak sempat nak basuh lagi....
  11. mereka juga tak suka membuat atau merancang kejutan buat yg tersayang
    Ni pun antara elemen romantik juga, bagi sesetengah wanita lelaki yg suka memberi kejutan hadiah atau apa2 kejutan adalah lelaki yg romantik...
Ada apa2 lagi yg nak ditambah???

hahaha, sibuk ajer pasal hal orang kan..kita wanita melayu ni, sempurna sangat ker sifat2 kewanitaan yg sampai boleh digelar wanita solehah...mana2 yg pasangan kita kurang sepatutnya kita yg perlu tampal bukan mengkritikkan..jika suami kita tu bukan la seoarng lelaki yg romantik pasti ade sifat2 dia yg buat kita terpikatkan, kalau tak takkan la kita boleh setuju untuk berkahwin dengan dia dulukan...

Bak kata lagu "gadis melayu" yg dah ditukar ni
"Siapa bilang lelaki melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh"
Betul tak????




1 comment:

  1. setuju!!!rasanya romantik ni perlu bertempat dan kita kena nilai suami kita sebagai diri dia takbleh nak dibanding-bandingkan dengan orang lain mahupun lelaki bangsa lain yang adat budaya dan pegangannya jauh berbeza..tambah lagi kalau orang barat terbukaan masyarakat dorang menjadikan kahwin cerai bertukar pasangan (cam dalam tivi tu) perkara biasa..jadi kena tolak ansur dan terima suami kita seadanya..dan kita sebagai pelengkap dan begitu juga suami kita...pendpt sendiri je..heh

    ReplyDelete