Hasil me"roti" kali ke-2....


Salam...

Entry makanan lagi...dah jadi cam blog main masak2 plak blog coretanku ni, dah entry lain lambat sangat nak karangnya, entry mana yg senang dulu la saya publish, cuti sekolah nanti tah2 tak berblog, laptop dan broadband hubby yg punya, sebagai isteri kena la mengalah kan...

First time buat roti, saya cuba resipi Roti Nasi, Alhamdulillah walau main campak2 tak ikut sukatan bahan2 dek disebabkan tak de alat penimbang, roti tu menjadi dan lembut..cuma tak de bukti la sebab tak snap gambar, cam biasa kamera hubby yg punya, ade masa dia bawa ke sekolah klau ade apa2 aktiviti, dah dia yg manage blog dan facebook sekolah jd tanggungjawab dia la nak snap gambar tuk dimuatkan kat blog dan facebookkan..

Berbalik pada roti tadi, ni gambar roti yg sempat disnap;

Bun Pandan Kismis
Roti ni ikut sukatan yg betul la kira2nya, sebab dah ade penimbang tuk sukat bahan2 tu, ni pun cuma buat separuh jer dari adunan, sbb budak2 berdua ni kureng skit ngan roti, hubby plak tak sempat nak rasa pagi tadi sebab buat roti ni pun dah lambat.. nak tahu macam mana nak buat Roti Pandan Kismis ni??

Saya pun salin resipi dari blog Periuktanah milik Pn. Raihan, resipi ni plak dia dapat dari blog CMG, kat bawah ni saya just CnP resipinya, klau nak tahu lebih lagi rajin2 la lawat ke blog Periuktanah dan blog CMG..

Resipi Bun Pandan Kismis:

Bahan-bahan: (menghasilkan 2 loaf tin 4 persegi 7 inci X 7 inci atau loyang bulat diameter 7 inci)

300 gm tepung roti (high protein)
2 sudu teh yis segera
45 gm gula halus
1/2 sudu teh bread improver (tak letak pun tak apa)
1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji telur A
1 sudu teh pandan paste (atau guna pewarna hijau dan 2 titik perisa pandan)
165 ml susu segar suam
130 gm kismis- K.An guna buahan campuran sebab kismis 'yellek'
1 sudu besar mentega

Cara membuatnya:

1. Jika menggunakan Bread Maker: masukkan semua bahan ke dalam BM. Tekan setting 'dough' dan tunggu siap. Kalau bread maker tu rajin sangat- (automatik uli sampai lebih 30 minit, bila nampak doh dah licin dan kenyal (selepas 20 minit) bolehlah di keluarkan doh daripada mesin. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Perap selama 30 minit atau doh naik 2 kali ganda.

2. Jika menguli dengan tangan, uli di atas meja menggunakan teknik tarik dan tolak hingga doh tidak melekat di tangan dan doh licin lagi kenyal. Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk besar dan perap seperti 1.

3. Selepas 30 minit, keluarkan doh dan uli lagi selama 5 minit. Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf dan susun di dalam loyang pilihan yang telah dilenser mentega. Tutup dan perap lagi selama 20- 30 minit (bun naik 2 kali ganda)

4. Panaskan ketuhar pada suhu 185 darjah Celcius (api atas bawah). K.An spray sedikit air di permukaan bun dan taburkan bijan. Bakar roti selama 20 minit atau bun keperangan. Keluarkan loyang dan Sapukan margerin agar permukaan bun cantik berseri.

Okey la, cam biasa happy blogging!!!

1 comment:

  1. terernya bleh wat roti..awk ada resepi simple puding roti tak?hehehe..dh lama sgt teringin nak pndai buat sendiri tp semangat jelaaa..nak cari kat google kang yg complicated2 la pulak..

    ReplyDelete