Jom minum air Jimi asmara...


Salam...

Ni entry ringkas sesaje nak kongsi air yg dah selalu buat kat rumah ni, simple jer nak buat air Jimi Asmara ni, kenapa nama air ni diberi nama Jimi Asmara pun saya tak tahu..gambar air ni disnap masa sambut besday hubby ari tu lagi dah, cuma baru sekarang terasa nak upload dan kongsi kat sini..so layan jer la eik..


Okey la first saya jumpa air ni kat Myresipi, tapi saya copy cara nak buat ni kat dapur CMG (minta izin CnP ya tn empunya resipi)Cara nak buat air ni :

BAHAN-BAHANNYA :-)
Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
1 camca teh esen pisang (mat guna 3/4 camca teh)
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya... Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya.

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)



No comments:

Post a Comment