Jom minum petang sambil makan kek puding karamel...


Assalammualaikum....

Selamat berblog buat semua yg singgah di coretanku ini, kali ni saje nak upload gambar makanan plak...almaklum la hubby dah beli camera baru, walau tak secanggih mana boleh la tuk rakam aksi hero dan heroin berdua tu, so saya pun sesaje jer la snap gambar hasil tangan keras saya ni...huhuhuhu saya memang tergolong dalam ketegori tak de bakat memasak cuma setakat boleh memasak saje...

Kek puding karamel ni hasil ke3 oven baru pembelian hubby minggu lepas, ni la salah satu sifat my hubby yg buat saya rasa bahgia sesangat, bila dia tahu wife dia ni teringinkan sesuatu pasti akan ditunaikan, sebenarnya saya dah kumpul duit dan dah cukup pun tuk beli oven tu, jumaat hari tu dia ajak ke jerantut dan singgah kat kedai letrik, mulanya just nak survey nak banding harga ngan kedai lain, tapi sebab dah tahu hubby bukan jenis yg suka nak pergi banyak2 kedai tuk survey,
so kebetulan kat kedai first tu ade jual oven yg dalam budget , oven 18L dan ade jenama, fikir2 buat apa cari yg 20L lebih bukan saya ni rajin sangat nak membaking ker, asal dapat bakar kek dah cukup, dah siap belek2 belum pun sempat cakap ok kat hubby, hubby dah hulur resit pembayaran..rupanya tgh sy duk sibuk2 belek oven tu dia plak trus ke kaunter p bayar trus harga oven tu...ok la stop pasal oven..jom tgk hasil keras tangan saya ni:


Betapa tak sempurnanya Kek Puding Karamel saya ni, lapisan puding dan kek tak sekata...dan yg makannya hubby, saya dan Rifqi jer..safiyya langsung tak nak rasa...tak tahu la anak dara sorang tu, pandang pun tak padahal sebelum ni dia la hantu puding karamel...apa la sayang...

Pada sesiapa yg nak cuba resipi Kek puding karamel ni boleh la ke sini. Kat bawah ni saya sertakan sekali resipinya....

Sumber resipi : my resipi sumbangan Yani

Bahan-bahan ( 20cm )

    Karamel
    * 60g gula
    * 1 sudu besar air
    * 2 sudu besar air
    Puding
    * 4 biji telur
    * 500ml susu segar
    * 70g gula
    * sedikit esen vanila
    Kek span
    * 70g tepung gandum
    * 60g gula halus
    * 2 biji telur
    * 20g mentega- dicairkan

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. 
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. 
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi. 
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. 
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. 
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. 
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik. 
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. 
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) 
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Okey la happy blogging!!!!


1 comment:

  1. salam cam best la..
    klu kukus jd x?kt umah xde oven

    ReplyDelete