Login Facebook dapat RM100 hari-hari


Selamat Pagi...

Rasanya ramai yg ada facebook dah tahu pasal "Login Facebook dapat RM100 hari-hari" ni kan??? apa pendapat korang berkaitan hal ni???






First time saya baca tajuk iklan "Login Facebook dapat RM100 hari-hari" ni first yg terlintas kat fikiran saya ialah kalau sesenang tu dapat duit mesti sistem dia lebih kurang dengan MLM dan bukan nak membangga diri, tapi sememangnya saya langsung tak tertarik dengan iklan yg macam ni dan memang kalau perkara yg melibatkan senang2 dapat duit ni (tanpa perlu susah2 nak jual barang) memang sebolehnya saya akan jauhkan diri...sebabnya bila dalam diri dah ade rasa was2 dengan sistem jenis pyramid ni, lebih elok kita tinggalkan tak pun cari lebih maklumat sebelum mengambil keputusan untuk menjebakkan diri...

Saya bukanlah selayaknya untuk mengatakan yg benda2 ni sama dengan skim cepat kaya...tapi kita sebagai manusia yg dah diberi akal, seeloknya lah kita selidik dahulu halal haram sesuatu perkara yg melibatkan pendapatan yg boleh diperoleh dengan mudah dan cepat ni....batul tak? jangan kerana nak mengejar kesenangan dunia, hal2 hukum kita ketepikan.

Okey la kat bawah ni ringkasan yang saya buat berpandukan artikel yg dibuat oleh ustaz zahuruddin di laman webnya www.zaharuddin.net, yg bertajuk ; Status hukum Infinity Downline @ Login Facebook dapat RM100 hari-hari...


Secara ringkasnya kita perlu semak:-

1.Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois',web ini :
  •  tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya.
  • kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID,
  • malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.nb b    
Penilaian Ust. Zaharuddin: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

2. Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Penilaian Ust. Zaharuddin : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut sebahagian senarai audionya (sila ke web ustaz Zaharuddin untuk melihat senarai yg lain)   :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing

sebahagian senarai videonya(sila ke web ustaz Zaharuddin untuk melihat senarai yg lain)  :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100.  Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-

Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja.
Selain itu, semua produk yang dibeli peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.


SAMPAHKAH PRODUKNYA?

Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali.  Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.


4.  Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up.

Yang difahami darinya :

·         Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

·         Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

·         Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

·         Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri

Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.
Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya,  malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian ust. Zaharuddin:
sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.

KESIMPULAN AKHIR

1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Note : Artikel ini dah di edit bagi memendekkan sedikit dari artikel asal, kepada sesiapa yg ingin lebih penerangan berkaitan isu ini berserta dengan salinan email ust. zaharuddin dgn dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berhubung isu ini dan juga email dari infinity downline expert di malysia iaitu Celya Tay boleh la ke link dibawah ini:





No comments:

Post a Comment