Mini pizza segera....


Selamat malam,

Another entry tuk hari ni, kira entry marathon la jgk ni, sbbnya hubby malam ni tak guna lappy, so ambil kesempatan la buat entry byk2 time ada peluang lagipun next week still cuti sekolah plus hubby dah tak de kelas tambahan..maybe jugak balik ke tganu bertambah2 la tak dpt nk update blog...

Okey la, kali ni nak coret pasal buat mini pizza segera ni, actually bukan la segera apa, tapi kejadian pagi tadi yg menyebabkan pizza ni dibuat terkejar2..ceritanya camni, malam semalam tetiba gas habis, so memang dah plan nak buat mini pizza jer la tuk sarapan paginya..nak dijadikan cerita terlewat bangun, dah tu Rifqi plak ngada2 nak nyusu la, dah rasa tak sempatnya la nak buat sebab hubby kelas kul 8 pg..tak kisah buat jugak, cam biasa uli plak pakai tangan je, belum pun sempurna uli hubby dah panggil minta pakaikan baju tuk Rifqi..nak tak nak tinggalkan jer adunan tadi, kira terus kasi rehat la adunan tu, time tu dah kul 6.40..ikutkan kalau buat roti nak kena kasi dia naik 2x ganda, tapi dek sbb dah rasa tak cukup masa main bantai jer cukup tak cukup naik doh tu, letak jer topping segera then bakar..

so ni la hasilnya mini pizza segera tu....dapat lima ketul kecik2 sbb buat separuh adunan, 2 letak sos dan sosej 2 lagi letak tuna dan satu letak sosej semata khas tuk Rifqi...



Resipi CnP dari blog serojakitchen..tak pasti siapa sebenarnya empunya resipi ni, minta izin CnP kat sini plak ya...

Bahan-bahan ( 10 biji )

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping: (ikut topping yg ada kat umah)
pizza cheese (x ada)
mini tomato (x letak)
sosej
nenas
asparagus (pun x letak)
sos tomato / sos pizza
telur untuk sapu pada roti

Cara Membuat:-
Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. (*akak uli je macam biasa tu..)
Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.



1 comment: