Tip Penjimatan Tenaga Untuk Peralatan Rumah


Salam....

Sambungan dari entry sebelum ni,( Berapa yang korang bayar), kali ni nak kongsi Tip Penjimatan Tenaga Untuk Peralatan Rumah plak...


Tapi sebelum tu kita tgk dulu apa maksud kecekapan tenaga ok...

APAKAH KECEKAPAN TENAGA?
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama!

Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?
  1. Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu) yang:
    • bekalannya semakin susut
    • kos yang semakin tinggi
    • menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan
    • buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,
  2. Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi akan datang; 
  3. Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.
Okey la jom kita tengok apa tip penjimatan tenaga untuk peralatan rumah ni ya...
  1. PETI SEJUK
  2.  Perkara  Tindakan
    Kedudukan      
    •  Peti sejuk tidak harus diletakkan di tempat yang terlalu panas, contohnya terdedah pada  sinaran matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.
    • Sediakan ruang yang secukupnya di sekeliling peti sejuk untuk pengaliran udara
    Suhu

    • Periksa suhu penyejuk beku


      • suhu perlu dilaraskan mengikut muatan peti sejuk
      • suhu yang sesuai ialah -18°C
      • laraskan termostat mengikut keperluan
    • Periksa suhu peti sejuk


      • suhu yang sesuai ialah 5°C di bahagian yang paling sejuk
      • laraskan termostat mengikut keperluan
    Perekat  pintu

    • Untuk memastikan perekat pintu berfungsi dengan baik:


      • letakkan sekeping kertas di antara perekat dengan pintu peti sejuk
      • tutup pintu dan tarik kertas perlahan - lahan
      • jika kertas mudah ditarik ke luar, bermakna perekat pintu mengalami kerosakan dan perlu diganti
    Fros

    • Jika peti sejuk tersebut bukan model bebas fros:


      • periksa fros di dalam ruang sejuk beku
      • jangan biarkan ketebalan melebihi 6mm
      • tutup suis untuk menyahfros
      • keluarkan air berlebihan sebelum suis dibuka semula
    Beban

    • Periksa susun atur makanan:


      • pastikan ada ruang di antara makanan bagi membolehkan pengaliran udara
    Gelung

    • Pastikan gelung kondenser bagi model lama (di belakang peti sejuk) bersih bagi mengekalkan kecekapan peti sejuk.
  3. KETUHAR ELEKTRIK / GELOMBANG MIKRO
  4.  Perkara  Tindakan
    Perekat pintu     
    • Selalu periksa perekat pintu - awasi petanda haus dan lusuh.
    • Periksa engsel pintu ketuhar - pastikan tiada kerosakan
    • Jika terdapat kerosakan pada perekat dan engsel, hubungi pegawai khidmat pelanggan untuk membaiki atau menggantikannya segera
  5. PENYAMAN UDARA
  6.  Perkara  Tindakan
    Pemasangan    
    • Pastikan penyaman udara dipasang jauh daripada pancaran terus matahari
    • Pastikan keupayaan penyaman udara (kuasa kudanya) bersesuaian dengan saiz ruang bilik.
    Suhu operasi

    • Periksa dan selaraskan termostat kepada suhu keselesaan biasa (24 – 26°C)
    Penyelenggaraan

    • Pastikan:


      • penapis udara dibersihkan bagi mengoptimumkan pengoperasian
      • gelung sirip luar dibersihkan (2 kali setahun)
      • bersihkan gelung unit dalam (1 kali setahun)
    • Periksa:


      • selaraskan termostat ke tahap keselesaan
      • tahap bahan penyejuk (1 kali setahun)
  7. PERALATAN HIBURAN DI RUMAH
  8.  Perkara  Tindakan
    Televisyen, komputer dan radio  
    • Pastikan suis ditutup apabila tidak digunakan (peralatan yang berada pada mod sedia masih menggunakan tenaga elektrik)
    • Pastikan fungsi penjimatan tenaga komputer sentiasa diaktifkan
  9. LAMPU
  10.  Perkara  Tindakan
    Lampu  
    • Pastikan lampu yang digunakan daripada jenis cekap tenaga contoh: gunakan lampu kalimantang atau lampu penjimat elektrik iaitu lampu kalimantang mampat (compact fluorescent lamp-CFL)
    • Padamkan lampu apabila tidak diperlukan.

Itu sahaja...hope sama2 la kita menjimatkan tenaga elektrik kat mana2 yang patut...

.


No comments:

Post a Comment