Ingat lagi ker apa tanda2 awal mengandung?


Salam...

Sejak dua menjak ni, tetiba mencari balik info2 berkaitan hamil ni, bukan apa sesaje nak refresh balik jer..mana la tahu ade rezeki mengandung anak ketiga kan...siapa kata dah ade pengalaman mengandung sebelum ni kita ni dah dianggap terer dan tak perlu dah pada pembacaan berkaitan kehamilan ni...kalau orang tu kata ya dia dah expert bab2 mengandung ni, memang dia terer la kot...macam saya terus terang saya kata walau mengandung anak yg ke berapa sekali pun, pembacaan dan info berkaitan kehamilan ni perlu..sebabnya saya percaya setiap kandungan tu berbeza2, dan umur kita pun semakin meningkat, risiko, kesihatan kita juga berbeza dari kandungan yg sebelum ni...

Malah tanda2 awal mengandung juga pun boleh berbeza dari kandungan yg sebelum ni, ade setengah orang sebelum sampai tarikh haid dia yg seterusnya dia dah ade instinct yg dia mengandung, dan bagi yg betul2 prihatin tu dia dah boleh rasa perubahan pada badan dia, tapi ade juga yg tak terfikir pun yg diaorang dah mengandung sampai la janin yg sedang terbentuk tu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim. Rasanya ramai juga yg walau dah berminggu2 mengandung tapi dek disebabkan tak merasa apa2 tanda, dan kerana kebusyan yg melampau sampai tak sedar yg mereka dah terlewat didatangi haid untuk tempoh yg agak lama.

So apa kata kita refresh balik tanda2 awal mengandung ni:

  1. Ketiadaan / Kelewatan / Keputusan Haid pada tarikh yang dijangkakan..
    Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, kelewatan didatangi haid 2 minggu atau lebih boleh menunjukkan ia mungkin hamil. Tapi berlainan pula bagi wanita yg  kedatangan haidnya tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosis hamil.

    Selain petanda hamil ketiadaan atau kelewatan haid juga boleh terjadi disebabkan perkara berikut:



    • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
    • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
    • Ubatan: Mungkin baru-baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
    • Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
    • Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
    • Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
    • Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
    • Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
    • Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
    • Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
    • Pencegah hamil: Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
    .
  2.  Mengalami loya , mual dan muntah2.
    Segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. 
  3. .
  4. Merasa tidak bermaya dan letih
    Rasa letih, tidak bermaya, tidak sedap badan dan lemah berbanding sebelumnya adalah normal di awal2 kehamilan, ini kerana hormon yg terhasil di awal kehamilan boleh membuatkan anda merasa sedemikian.
  5. .
  6. Perubahan pada payudara.
    Sekiranya hamil, anda akan mengalami perubahan pada payudara seperti merasa seolah2 buah dada menjadi besar dan tidak selesa, anda juga akan mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak seperti saat sebelum datang bulan. Selain itu, aerola payudara juga akan berubah menjadi gelap. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya.
  7. .
  8. Kerap membuang air kecil
    Ini boleh terjadi kerana pada peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. 
  9. .
  10. Mengalami perubahan emosi
    Anda mungkin akan mengalami perubahan emosi seperti perasaan runsing dan tidak menentu secara tiba2, cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
  11. .
  12. Perubahan selera makan
    Anda boleh menjadi kurang berselera untuk makan, ini mungkin terjadi disebabkan kekurangan zink dalam tubuh yg  menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Boleh jadi juga selera anda akan bertambah dan mengalami rasa lapar yg berpanjangan.
  13. .
  14. Mulut terasa payau
    Sesetengah wanita mungkin akan mengalami mulut terasa payau dan rasa tidak enak seperti orang demam..
  15. .
  16. Alah dengan bau
    Ada juga wanita yg mengalami tidak tahan atau alah dengan sesetengah bau yg lazimnya sebelum ini tidak menimbulkan sebarang masalah seperti bau badan suami sendiri, bau masakan yg sedang dimasak dan sebagainya... 
  17. .
  18. Sembelit
    sesetengah wanita pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar
Sekiranya mengalami 2 atau tiga tanda2 seperti diatas, cepat2 la membuat ujian pengesahan kehamilan menggunakan alat khas yg boleh didapati di farmasi. Seelok-eloknya lakukan ujian itu di awal pagi sebelum mandi kerana hasilnya akan lebih tepat. Sekiranya ujian itu menunjukkan ade 2 jaluran, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan. peringatan untuk diri sendiri gak ni hihihi....  

Sumber : Portal.alam hamil, Tanda-tanda hamil,

No comments:

Post a Comment